Dapatkan Sushi 80 Sen Yang Asli, Sedap & Halal Di Restoran Jepun Di Damansara Utama Ini
Restoran FujiYama menjual sushi yang sangat murah, sedap dan best!
Jika diberi pilihan, peminat sushi pasti ingin menikmati sushi pada setiap hari.
Tetapi malangnya, harga sushi yang agak mahal hanya membenarkan kita untuk menikmatinya kadang-kadang sahaja.
Namun begitu, kami membawa berita baik kepada peminat makanan Jepun di luar sana! Anda kini tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menikmati sushi yang bukan sahaja sedap, malah segar juga.
Restoran FujiYama yang terletak di Damansara Utama mempunyai menu 'happy hour' untuk pilihan sushi yang bermula dari RM0.80 hingga RM2.00. Murahnya!
Lihat gambar-gambar di bawah:
Apa yang menarik tentang restoran ini ialah mereka mempunyai jangka masa 'happy hour' yang lama iaitu bermula dari 11.00 pagi hingga 11.30 malam. Anda tak perlu terburu-buru! :D
Antara menu yang unik di restoran ini ialah beef sushi (RM1.50), mango sushi (RM0.80) dan juga eggplant tempura sushi (RM0.80). Walaupun agak lain daripada lain, tetapi hidangan-hidangan ini terbukti sangat enak. Memang wajib cuba! Selain dari sushi, harga sashimi di restoran ini juga sangat berpatutan dan berbaloi dengan hanya RM6 untuk satu hidangan sashimi salmon yang begitu segar.
Apa yang menarik di restoran ini juga ialah menu ala carte mereka yang dikenali sebagai 'New York Fusion'. Cantik betul!
Bersiap sedia untuk jatuh cinta apabila anda melihat gambar-gambar di bawah:
Antara menu yang paling hangat ialah Salmon Belly Osaka Sushi (RM28.80) yang mempunyai sashimi perut ikan salmon yang tebal dan segar. Dipadankan pula dengan nasi yang penuh dengan aroma dan rasa bawang putih. Nikmat sungguh!
Untuk sedikit kelainan, anda juga wajib mencuba New York Roll (RM30.80) yang mengandungi sushi tempura ayam, ketam dan dipenuhi dengan kentang goreng yang crispy bersama sos istimewa. Seafood Martini (RM32.80) juga sesuai untuk anda yang gilakan sashimi.
Jom makan sushi? Dapatkan info Restoran FujiYama di sini:
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!