Dapatkan Hidangan Tradisi Sabah Yang Asli & Murah Di SS19 Ini. Memang Puas Hati!
Hidangan gaya Semporna seperti latok, putu dan ikan bakar yang berbaloi hanya di SS19!
Sesiapa yang sudah menjejak kaki di Semporna pasti setuju akan keunikan makanan-makanan laut yang terdapat di sana
Manakan tidak, makanan laut yang terdapat di Semporna, Sabah begitu unik berbanding dengan apa yang kita selalu dapat di semenanjung.
Kami membawa berita baik kepada anda yang teringin mahupun anda yang tidak pernah mencuba. Kini, anda tidak perlu lagi terbang ke Negeri di Bawah Bayu untuk menikmati makanan-makanan laut yang segar bugar kerana Restoran Bakabah sudahpun menyediakan hidangan asli Semporna.
Restoran Ikan Bakabah yang terletak di SS19 kini menghidangkan ikan yang hanya boleh didapati di persisiran pantai seperti ikan belawis, uji rashid, boulu, poggot, cermin, yoyo dan lain-lain. Bukan biasa-biasa tau!
Lihat gambar-gambar di bawah:
Walaupun harga ikan ditetapkan melalui sistem timbang, ikan boleh didapati pada harga yang sangat murah iaitu dari RM3.50 hingga RM6.50 untuk 100 gram
Menurut pemilik Restoran Bakabah, Mohd Radziman Mohd Noor, harga makanan untuk tiga orang mungkin tidak akan mencecah lebih dari RM30. Ini kerana ikan-ikan akan disiang terlebih dahulu dan dibuang bahagian dalaman supaya harga ikan menjadi lebih murah apabila ditimbang.
Setiap ikan dijamin segar kerana dihantar fresh setiap dua hari. Ikan yang dijual pula ditangkap sendiri oleh nelayan-nelayan Bajau di Semporna. Oleh sebab itu, restoran ini hanya mempunyai plihan ikan yang tidak boleh didapati di perairan semenanjung.
Apa yang menarik tentang restoran ini ialah mereka menyediakan ikan bakar dengan menggunakan kaedah memanggang yang tradisional
Tonton video di bawah:
Cara memanggang yang unik ini menghasilkan rasa yang sangat lemak dan manis kepada menu signature mereka iaitu ikan belawis jalur ataupun dikenali sebagai ikan bolo.
Menu makanan laut bakar yang lain juga tidak kurang enaknya, terutama sekali sotong bakar yang merupakan antara menu hangat di restoran ini. Disebabkan hanya sotong segar sahaja yang digunakan, daging sotong yang dibakar menjadi tidak kenyal, malah lembut apabila dinikmati.
Anda juga akan dihidangkan sos istimewa yang mempunyai gabungan rasa pedas, manis dan masam yang begitu sesuai dinikmati bersama ikan bakar. Memang layan!
Selain dari ikan bakar, restoran ini juga menghidangkan pelbagai makanan tradisional Semporna seperti anggur laut, kinalau (sejenis kerabu bersama ikan dan jus limau) dan putu
Latok (RM5 untuk 100g) ini sesuai dimakan bersama nasi panas seperti ulam. Untuk menaikkan lagi rasa, latok juga enak dinikmati bersama perahan limau kasturi ataupun dicicah dengan sos cili. Memang padu!
Apabila menikmati sajian Semporna, tidak sah jika anda juga tidak mencuba putu iaitu makanan tradisi orang Bajau yang diperbuat daripada ubi dan dikukus. Hidangan ini sering dimakan untuk menggantikan nasi. Memang enak jika dinikmati bersama ikan bakar dan kerabu mangga ataupun agar-agar laut.
Anda sudah kelaparan? Dapatkan info Restoran Ikan Bakabah di bawah:
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!