makan

Dapatkan Asam Pedas Daging Tetel, Telur Mayong & Banyak Lagi Di Restoran Di Ulu Klang Ini!

Nikmati menu yang unik dan resepi asam pedas asli dari Melaka di Kantin Asam Pedas, Ulu Klang.

Cover image via @dikbee | @mahamahu (Instagram)

Rakyat Malaysia memang sudah tidak asing lagi dengan lauk asam pedas. Tapi anda pasti tak pernah cuba asam pedas telur mayong lagi kan? Memang rare sekali!

Telur mayong atau dikenali sebagai telur ikan duri, bukan sahaja jarang dijumpai malah agak sukar untuk disediakan. Ini kerana sifat telur mayong yang mudah pecah. Jika dimasak pada jangka masa yang lama, ia akan mempunyai tekstur yang keras dan menjadi kurang enak.

Tapi jika disediakan dengan cara yang betul, hasilnya memang luar biasa! Teksturnya yang lembut digabungkan pula dengan rasa lemak pecah dalam mulut, memang nikmat dunia. Lebih lagi jika dimakan bersama kuah asam pedas, memang menyelerakan.


Image via giphy.com

Anda boleh mendapatkan hidangan ini di Kantin Asam Pedas yang terletak di Taman Ukay Perdana. Mereka terkenal dengan menghidangkan pelbagai lauk asam pedas resepi Muar-Melaka yang begitu asli.

Image via Seismik Makan

Walaupun lokasinya agak tersorok, restoran ini masih menjana pelanggan dari sekitar Lembah Klang kerana ia merupakan satu-satunya restoran di Selangor yang menyediakan lauk asam pedas telur mayong.

Hidangan asam pedas telur mayong ini sangat 'limited edition'. Oleh itu, kami perlu book menu ini beberapa hari sebelum berkunjung ke restoran ini.

Lihat gambar-gambar menu istimewa ini di bawah: 

Image via Seismik Makan

Walaupun asam pedas telur mayong (RM45-50) perlu dipesan beberapa hari sebelum, Kantin Asam Pedas juga menghidangkan asam pedas ikan pari, tenggiri, duri, merah, sembilang, jenahak (RM18-20) dan daging tetel (RM13) yang sedia ada dalam menu harian mereka.

Apa yang menarik tentang restoran ini ialah setiap lauk asam pedas disediakan secara berasingan dan 'made-to-order'

Oleh itu, setiap kuah asam pedas mempunyai rasanya yang tersendiri. Antara kegemaran kami ialah asam pedas telur mayong, daging tetel dan ikan pari. 

Kuah asam pedas telur mayong memang enak sekali kerana telur mayong yang berlemak menambahkan lagi kepekatan kepada kuahnya. Asam pedas daging tetel pula sangat melazatkan kerana rasa daging dan serai yang menyerlah apabila menghirup kuahnya.

Manakala asam pedas ikan pari pula mempunyai rasa asam jawa yang lebih mantap. Setiap kuah mempunyai rasa yang unik yang sesuai dengan rasa ikan dan daging.

Lihat gambar-gambar di bawah: 

Image via @gianachemat


Bukan itu sahaja, untuk setiap set, anda akan dihidangkan ulam-ulaman, ikan masin, dan telur masin. Untuk air pula, anda sudah tidak perlu risau lagi kerana anda akan dihidangkan satu jag air sirap kenduri percuma yang boleh ditambah tanpa had. Memang berbaloi!

Lihat sahaja betapa mengancamnya asam pedas ini. Memang merecik!

View this post on Instagram

Ermmmmm dapnyaaa

A post shared by Kantin Asam Pedas (@kantinasampedas) on

Kami sanggup datang untuk kali kedua kerana kami memang betul-betul berpuas hati dengan kesemua lauk asam pedas yang dihidangkan.

Ternyata bukan menu istimewa seperti asam pedas telur mayong sahaja yang berbaloi untuk dicuba.

Perut anda dah berbunyi? Dapatkan maklumat lanjut Kantin Asam Pedas di bawah:

Alamat: E-G-14, Residensi Bistari, Jalan Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, 68000 Ampang, Selangor.

Waktu Operasi
11 pagi -  4.30 petang (Selasa hingga Ahad)
Tutup setiap hari Isnin.

No. Telefon: +03-4101 9876

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Untuk banyak lagi restoran best, check out tempat-tempat ini:

Jom cuba makanan-makanan viral ini:

You may be interested in: