makan

Jom Cuba Itik Salai Masak Lemak Cili Api Power & Murah Untuk RM8 Di Gerai Di Kajang Ini!

Itik Salai Mashtar kini berada di Kajang, Cheras dan Shah Alam!

Cover image via @azadmuhd (Instagram) & @my.foodtravelogue (Instagram)

Jika anda berada di Negeri Sembilan, memang tak sah kalau anda tak singgah makan gulai masak lemak cili api

Restoran Itik Salai Masthar yang berasal dari Kajang, kini telah membuka beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang seperti Cheras dan Shah Alam.

Mereka memang terkenal dalam menyediakan menu-menu tradisional Negeri Sembilan seperti masak lemak cili padi daging salai, ikan keli salai dan itik salai. 

Image via giphy.com

Restoran ini mula mendapat perhatian orang ramai apabila Mark Wiens, seorang food vlogger terkenal mengatakan gulai masak lemak cili padi di restoran ini merupakan kari terbaik yang dia pernah merasai

Image via thevocket.com

Video blog Mark Wiens yang telah memperolehi lebih 1 juta tontonan di Youtube telah berjaya mempengaruhi ramai orang dari luar bandar Kajang untuk mengunjungi Itik Salai Mashtar semata-mata untuk mencuba masak lemak cili padi mereka.

Tonton video penuh di bawah: 

Apa yang menarik tentang itik salai restoran ini ialah mereka menggunakan tempurung kelapa untuk menyalai daging-daging mereka untuk menghasilkan aroma asap yang unik

Selain daripada menikmati masak lemak cili padi, bagi anda yang tidak dapat menahan pedas, terdapat juga empat menu utama seperti itik, ikan keli, ayam dan daging yang disalai dan dihidang bersama air asam. Nak ratah begitu sahaja pun boleh :D

Bersiap sedia untuk terliur apabila anda melihat gambar-gambar di bawah:

Hidangan yang paling hangat dari gerai ini sememangnya Itik Salai Masak Lemak Cili Api (RM8.00) kerana rasa cili apinya yang meresap ke dalam daging itik yang lembut. Memang nikmat!

Selain dari Itik Salai Masak Lemak Cili Api, anda juga boleh mencuba Daging Salai Masak Lemak Cili Api (RM6.00) dan Ayam Salai Masak Lemak Cili Api (RM6.00). Untuk setiap menu, anda akan dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam.

Bukan itu sahaja, restoran ini juga menyediakan rendang itik, burung puyuh goreng dan beraneka jenis ulam-ulaman. Anda pasti akan rambang mata! :D 

Padu betul masak lemak cili api di restoran ini!

Teringin nak makan? Dapatkan maklumat lanjut tentang Itik Salai Masthar di sini:

Cawangan Kajang

Alamat: Medan Selera Adikku, Itik Salai Masthar, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.

Waktu Operasi: 11.00 pagi - 10.00 malam (setiap hari)

No. Telefon: +6011-6279 4397

Cawangan Cheras

Alamat: TJ Garden, Itik Salai Masthar, Jalan Jaya 7, 56000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
11.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Khamis)
Tutup pada setiap hari Jumaat. 

Cawangan Shah Alam

Alamat: Rascabin Food Station, Itik Salai Masthar, Taman Tasik Barat, Persiaran Dato Menteri, 40100 Shah Alam, Malaysia.

Waktu Operasi: 11.00 pagi - 12.00 malam (setiap hari) 

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Untuk banyak lagi makanan best yang anda wajib cuba, klik di sini:

Jom check out makanan-makanan viral ini:

You may be interested in: