Bomboloni RM2 Viral Yang Gebu Dan Penuh Berkrim Hanya Di Sungai Buloh. Meleleh Beb!
Donut Itali gebu gebas yang berinti nutella, keladi, kiwi, strawberi dan banyak lagi!
Bomboloni merupakan sejenis donut yang berasal dari Itali. Secara tradisional, donut ini mempunyai inti krim vanila dan dohnya pula disalut dengan gula.
Donut sememangnya snek kegemaran rakyat Malaysia yang tidak kenal waktu mahupun umur. Memang tidak mengejutkan mengapa segelintir rakyat Malaysia sanggup beratur panjang demi sesuap bomboloni yang terletak berdekatan dengan pasaraya Econsave Sungai Buloh ini.
Walaupun hanya dikenali sebagai 'Bomboloni Viral', gerai yang terletak di belakang pasaraya Econsave ini bernama Bomboloni Fluffy
Lihat gambar-gambar di bawah:
Bombolini Fluffy mula beroperasi pada jam 1.30 tengah hari tetapi pelanggan-pelanggan sudah bermula beratur sebelum jam 1.00 petang lagi. Jika anda teringin mencuba, pastikan anda beratur awal-awal lagi! :D
Setiap bomboloni dijual pada RM2 sahaja. Murah betul!
Lain seperti bomboloni tradisional Itali, Bomboloni Viral ini padat diisi padat dengan 19 inti yang unik seperti Nutella, Mango Tango, Tiramisu, Kiwi Creamy, Red Velvet dan banyak lagi. Anda pasti akan rambang mata!
Bukan itu sahaja, bomboloni ini disaluti dengan gula aising dan tidak mempunyai rasa yang terlalu manis seperti gula biasa. Tekstur bombolini ini juga lebih lembut dan gebu berbanding donut biasa.
Anda dah terliur? Dapatkan info Bombolini Fluffy di sini:
Alamat: Belakang Econsave, 47400 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu Operasi: 1.30 petang sehingga stok habis (Setiap hari)
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!