makan

Ais Krim Haw Flakes & 4 'Desserts' Unik Untuk 'Cool Down' Badan Masa Gelombang Haba Ini

Jom segarkan badan pada cuaca panas dengan 'desserts' sejuk di Lembah Klang ini!

Cover image via @pasteljuicebar (Instagram)

Rakyat Malaysia memang sudah tidak asing lagi dengan cuaca panas terik tetapi selain daripada meminum air yang mencukupi, apa lagi yang kita boleh buat untuk menyegarkan badan?

Image via giphy.com

Nasib baik kita juga sangat bertuah kerana mempunyai banyak pilihan pencuci mulut klasik yang menyegarkan seperti lai chi kang, ais kacang, cendol dan lain-lain. 

Lagi-lagi sejak kebelakangan ini kita dikurniakan dengan banyak lagi desserts yang unik di sekitar Lembah Klang. Jom cuba! 

Lihat di bawah untuk 5 desserts yang memang nikmat:

1. Ice Jelly Jaybe @ Pastel Juice Bar, The H Hartamas

Pastel Juice Bar menghidangkan ice jelly desserts yang sering didapati di Taiwan. Ice Jelly Jaybe ini diperbuat dari agar-agar homemade, isi kelapa laut, isi buah durian belanda dan fruit cocktail. Ditambah pula dengan perahan buah limau kasturi, memang nyaman! 

Mahukan minuman yang unik pada harga yang murah? Pastel Juice Bar juga menyediakan Honey Dew Bubble Milkshake dan Yam Yam Bubble Milkhsake yang pasti akan menyegarkan badan anda. 

Alamat
: Pastel Juice Bar, The H Hartamas, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
5.00 petang - 3.00 pagi (Isnin hingga Sabtu)
5.00 petang - 12.00 malam (Ahad)

No. Telefon: +6012-237 4755

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

2. Ais Kepal Milo Viral @ Gerai Kak Yong, Sentul

Memang nikmat jika dapat pekena ais kepal milo apabila tekak tengah kering. Ais parut yang dibanjiri dengan sos milo pekat dan ditabur dengan serbuk milo pasti akan menawan hati sesiapa sahaja.

Bukan itu sahaja, ais kepal milo juga sangat murah dan berpatutan. Jika mahu sesuatu yang extra, anda boleh juga tambah ais krim. Memang berbaloi! 

Alamat
: Ais Kepal Milo Viral Kak Yong, 165 Jalan 4 Taman Dato Senu, Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
1.00 tengah hari - 6.00 petang (Selasa hingga Jumaat)
12.30 tengah hari - 6.00 petang (Sabtu dan Ahad)

No. Telefon: +6014-222 3746

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook


3. Melon Bingsu @ D'lala Seafood, Kampung Baru

Terletak di Kampung Baru, D'lala Seafood bukan sahaja menghidangkan makanan-makanan laut murah pada harga yang berpatutan. Malah, desserts di restoran ini juga murah-murah belaka.

Antara bingsu yang popular di restoran ini ialah Melon Bingsu. Apa yang menarik tentang pencuci mulut ini ialah ia dihidangkan di dalam buah tembikai wangi. Untuk sesiapa yang mempunyai sweet tooth, susu pekat dihidangkan sekali agar anda boleh mengubahsuai bingsu mengikut citarasa anda sendiri. 

Alamat: Restaurant D'lala Seafood, 154, Jalan Raja Abdullah, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur. 

Waktu Operasi
12.00 tengah hari - 3.00 tengah hari, 6.00 petang - 1.30 pagi (Isnin hingga Sabtu)
6.00 petang - 1.30 pagi (Ahad)

No. Telefon: +6012-217 0014 

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 


4. Honey Rose Baklava Kakigori @ Kakigōri, Taman Paramount, The Gardens & Pavilion

Untuk sesuatu yang istimewa, Honey Rose Baklava Kakigori dari Kakigōri lah jawapannya! Dihiasi dengan kelopak bunga mawar dan filo pastri, anda pasti akan jatuh cinta!

Kakigōri juga menyediakan beraneka jenis perisa kakigori yang sangat unik seperti Tiramisu Kakigori dan Brûlée D24 Durian Kakigori. Memang wajib cuba!

Cawangan Paramount Garden


Alamat: 25, Jalan 20/13, Taman Paramount, 43600 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
2.00 petang - 11.00 malam (Selasa hingga Ahad)
1.00 petang - 11.00 malam (Sabtu dan Ahad)
Tutup setiap hari Isnin.

No. Telefon: +603-7865 8999

Cawangan The Gardens Mall

Alamat: LG-201A, Lower Ground Floor, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 11.00 pagi - 10.00 malam (setiap hari)

Cawangan Pavilion

Alamat: P4.17.00, Level 4, 168, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100
Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 11.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

5. Haw Haw Tatayo @ Waka Waka Ice Cream

Image via SAYS Makan
Image via SAYS Makan

Untuk sesuatu yang nostalgik, cubalah ais krim Haw Haw Tatayo yang menggunakan gula-gula Haw Flakes. Rasanya yang masam manis pasti akan mengimbau kenangan lalu. 

Waka Waka Gelato juga menawarkan beraneka perisa gelato unik seperti Marie Kondo iaitu perisa bijan hitam bersama honeycomb crumbs. Mencabar iman betul! 

Alamat
: Waka Waka Gelato, MAHSA Avenue, MAHSA University (JUC), Block B, Jalan Elmu off Jalan Universiti,Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
12.00 tengah hari - 5.00 petang (Isnin hingga Khamis)
11.00 pagi - 10.00 malam (Jumaat hingga Ahad)

No. Telefon: +6016-333 4948

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

Jom check out tempat-tempat untuk hidangan-hidangan yang menarik:

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Cuaca panas terik? Jom hilangkan dahaga dengan resepi-resepi ini:

You may be interested in: