6 Restoran Di Lembah Klang Ini Menyediakan Ramen Jepun Halal Yang Berbaloi. Marvelous!
Jom puaskan craving dengan ramen halal ini :D
Semangkuk ramen Jepun yang panas sememangnya memuaskan. Ditambah pula dengan sebiji telur rebus separuh masak dan hirisan ayam atau daging. Begitu menyelerakan!
Terdapat pelbagai jenis ramen iaitu Shio, Shoyu, Tori Paitan dan Tonkotsu yang rata-ratanya mengandungi bahan-bahan tidak halal seperti mirin, sake dan juga daging khinzir.
Namun begitu, rakyat Malaysia kini sudah boleh menikmati pilihan ramen yang menggunakan bahan-bahan halal seperti ayam ataupun daging. Meskipun halal, ramen-ramen ini masih mempunyai rasa yang asli.
Jom kita serbu!
Anda teringin nak cuba ramen Jepun yang bukan sahaja halal tetapi sedap? Kami sediakan 5 restoran Jepun di bawah untuk pilihan anda:
1. Ramen Seirock-Ya @ Damansara Utama
Ramen Seirock-Ya ini memang terkenal dengan Ramen Tori Paitan mereka iaitu ramen sup rebusan tulang ayam yang lemak berkrim dan penuh umami. Apa yang menarik tentang sup ramen ini ialah ia kaya dengan kolagen.
Restoran ini juga menghidangkan Tokyo Ramen dan Miso. Di sini juga anda wajib mencuba gyoza yang digoreng sehingga garing dan isinya yang begitu juicy.
Alamat: Ramen Seirock-Ya, 6-G, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi:
12.00 tengah hari - 9.30 malam (Rabu hingga Isnin)
Tutup setiap hari Selasa.
No. Telefon: +03-7492 7509
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
2. Ramen Village @ Nu Sentral & IOI City Mall
Jika anda inginkan sesuatu yang unik, cubalah Ramen Village. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis ramen yang lain daripada lain seperti Ramen Miso yang mempunyai daging ayam yang begitu lembut. Di sini juga anda boleh menikmati ramen fusion seperti Thai, Nyonya dan Korea Selatan.
Cawangan NU Sentral
Alamat: Ramen Village, NU Sentral, Lot L5 09, No. 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +6017-393 8828
Cawangan IOI City Mall
Alamat: Lot LG 29B, Lower Ground, IOI City Mall, 62502 Putrajaya.
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +018-230 0199
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
3. MADE by Illy @ Taman Tun Dr Ismail
MADE by Illy menghidangkan pelbagai jenis ramen yang begitu inovatif sekali. Antara hidangan yang wajib dicuba di restoran ini ialah Spicy Szechuan yang berkuahkan sup daging dan pes cili Szechuan yang pasti menggamit hati anda.
Miso ramen mereka iaitu The Intensified Miso juga bukan biasa-biasa. Rasanya yang penuh umami pasti akan membuat sesiapa sahaja tersenyum gembira.
Alamat: MADE by Illy, 36, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
4.00 petang - 12.00 tengah malam (Rabu hingga Isnin)
Tutup setiap hari Selasa.
No. Telefon: +6017-251 9572
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook
4. Kagura Ramen @ Lot 10
Kagura Ramen memang popular dengan mi yang kenyal dan enak. Di restoran ini, anda boleh memilih antara sup premium ataupun semula jadi. Sup premium mempunyai rasa berkrim manakala semula jadi pula lebih smooth dan cerah.
Bukan itu sahaja, setiap ramen akan dihidangkan bersama ayam panggang yang begitu lembut dan penuh dengan rasa smoky yang mantap.
Alamat: Kagura Tokyo Chicken Ramen, Jalan Sultan Ismail, Unit P1-20, Level 4 J’s Gate Dining Lot 10 Shopping Centre, 55100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +603-2110 2366
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
5. Sukiya Tokyo Bowls And Noodles @ Sunway Velocity Mall
Sukiya Tokyo Bowl And Noodles memang terkenal diantara peminat makanan Jepun kerana setiap hidangan dijual pada harga yang sangat murah. Hidangan mereka terutamanya Tokyo Ramen dan Paitan Ramen memang menyelerakan disamping mempunyai saiz hidangan yang besar. Sangat berbaloi!
Di Sukiya juga terdapat pelbagai jenis hidangan lain seperti rice bowl, curry rice dan gyudon yang berharga sangat berpatutan.
Alamat: Lot 3-05, 3rd Floor, Sunway Velocity Mall, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +6012-278 5745
Restoran ini juga mempunyai cawangan-cawangan lain. Lihat di bawah:
Cawangan Mid Valley Megamall
Lot No.4 LG Floor, AEON Mid Valley Megamall Mid Valley, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
Uptown Damansara
38-G (Ground Floor), Jalan SS21 /58, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
IOI City Mall Putrajaya
LG69 IOI City Mall, 62502 Putrajaya.
KL Eco City
L3-05, Kompleks Perniagaan, No. 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur.
163 Retail Park
Lot. LG1-010, Lower Ground Floor, 163 Retail Park, 163, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Website
6. Anaki Boizu @ TTDI
Untuk semangkuk ramen Jepun yang unik dan murah, anda wajib sekali mengunjungi Anaki Boizu. Walaupun menu mereka agak sedikit, tetapi setiap mangkuk yang disediakan mempunyai rasa yang sangat menakjubkan kerana mereka hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi.
Antara ramen yang anda wajib cuba ialah Soft Shell Crab Ramen, Smoked Beef Brisket Ramen dan Chicken Ramen. Mereka juga menghidangkan pelbagai pilihan tempura, yakitori dan takoyaki.
Alamat: 147A, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
6.00 petang - 11.00 malam (Selasa hingga Sabtu)
Tutup setiap hari Ahad dan Isnin.
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!