makan

Gerai Di Bangi Ini Menyediakan Ikan Patin Tempoyak Crispy Yang Unik & Power. Wajib Cuba!

Ikan patin tempoyak crispy hanya di Bangi dan Wangsa Maju!

Cover image via Patin Royale / Facebook

Ikan patin yang mempunyai tekstur lembut dan berlemak seperti ikan keli ini sememangnya menjadi kegilaan rakyat Malaysia

Walaupun ikan patin selalunya dihidangkan sebagai gulai tempoyak, ikan patin juga enak apabila digoreng sehingga rangup. Memang agak pelik tetapi bayangkan isi ikan patin yang lembut dan berlemak yang cair dalam mulut apabila digigit. Layan beb! 

Image via giphy.com

Sebuah gerai di Seksyen 3 Bangi kini menghidangkan 'Crispy Patin Tempoyak' iaitu filet ikan patin dalam saiz gigitan yang digoreng sehingga rangup dan disaluti sambal tempoyak

Lihat gambar-gambar di bawah: 

Anda boleh memilih antara Crispy Patin Tempoyak berperisa spicy atau biasa mengikut cita rasa anda. Untuk anda yang minat makanan pedas, perisa spicy ini pasti akan menggamit selera anda kerana rasa ikan patin yang agak berlemak memang sesuai dipotong dengan rasa cili padi dan durian. Manakala untuk anda yang suka rasa ikan patin yang fresh, Crispy Patin Tempoyak perisa biasa sememangnya khas untuk anda. 

Hanya pada RM15, anda akan dihidangkan set nasi, salad, sambal dan kuah tempoyak. Sangat berbaloi!

Apa yang menarik tentang gerai ini ialah setiap ikan patin disumberkan fresh dari Sungai Pahang, Temerloh. Memang sesuai untuk anda yang menggemari ikan sungai berbanding ikan yang diternak.

Bukan itu sahaja, untuk anda yang ingin menukar selera kepada ayam goreng, gerai ini juga menghidangkan Nasi Cabe Ijo yang pedas giler!

Image via fbcdn.net

Hidangan yang hangat ini mengandungi ayam goreng rangup yang digaul bersama gabungan cili padi hijau yang digoreng dan dikisar. Set biasa hanya berharga RM5. Murah sangat!

Anda teringin nak cuba? Dapatkan info penuh Crispy Patin Tempoyak di sini:

Cawangan Bandar Baru Bangi

Alamat: Kenduri, Jalan 3/69, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 12.00 malam (Setiap hari)

Cawangan Wangsa Maju

Alamat: Smoke Texas, No 10, Jalan 2a/27a, Seksyen 1 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 12.00 malam
 
Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out makanan-makanan yang murah dan best di sini:

You may be interested in: