makan

Gerai Di TTDI Ini Menjual Snek Kulit Ayam Crispy & Lazat Untuk RM7 Sahaja. Sedap Gila Beb!

Dapatkan 'Crispy Deep Fried Chicken Skin' hanya di Taman Tun Dr Ismail!

Cover image via @thehungrydayung (Instagram) | @piel.de.pollo (Instagram)

Part yang paling best tentang menikmati ayam goreng ialah kulit ayam yang rangup, gurih dan penuh dengan perasa. Memang boleh buat ketagih!

Walaupun lazat, kulit ayam goreng memang tidak puas dimakan kerana anda harus menjamah isi ayamnya sekali. Mana syiok! Jika goreng di rumah, susah pula. Siapa sahaja yang ada masa? 

Kini, dengan Piel De Pollo, anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh menikmati snek kulit ayam goreng begitu sahaja sepuas hati anda. Memang crispy dan memuaskan! 

Piel De Pollo yang bertapak di Pinggir Zaaba ini terkenal dengan snek signature mereka iaitu 'Deep Fried Chicken Skin' yang berharga RM7 (biasa) dan RM8 (tambahan sos keju)

Lihat gambar-gambar yang melazatkan di bawah:

Apa yang menarik tentang Piel De Pollo ialah anda boleh memilih tahap kepedasan mengikut cita rasa anda. 

Dari Meh (Level 1)So-so (Level 2), Can Tahan (Level 3) dan Oh My God (Level 4), kesemuanya sedap belaka! Setiap seasoning memang sesuai dengan kerangupan kulit ayam goreng seolah-olah menikmati keropok. 

Bukan itu sahaja, mereka juga menghidangkan The Three Amigos (RM10) yang mempunyai sos keju dan bacon bits. Memang berbaloi!

Ternyata Piel De Pollo menghidangkan snek yang bukan biasa-biasa! Bukan senang untuk mencari kulit ayam goreng rangup yang dijual pada harga yang berpatutan.

Digabungkan pula bersama sos keju dan bacon bits (daging lembu), snek ini memang sangat sesuai untuk anda yang ingin menikmati kulit ayam crispy tanpa isi ayam. 

Anda teringin nak cuba? Dapatkan info penuh Piel De Pollo di sini:

Image via fbcdn.net

Alamat: Piel de Pollo, Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur. (Berhadapan dengan BHPetrol dan Lim Tayar)

Waktu Operasi
8.00 malam - 12.00 tengah malam (Selasa hingga Sabtu)
Tutup setiap hari Isnin dan Ahad. 

No. Telefon: +6017-288 0146

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi snek-snek yang unik di sini:

You may be interested in: