Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Nikmati Nasi Kandar Gaya Kedah Untuk RM5 Sahaja Di Restoran Popular Di Kajang Ini

Nasi kandar lauk ayam murah hanya Nasi Kandar Salman di Kajang!

Nasi kandar sememangnya hidangan tradisi yang terkenal di Malaysia. Hidangan nasi yang dibanjiri kuah campur dan berlaukkan ayam goreng ini pasti menggamit selera sesiapa sahaja!

Tetapi sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai kes pelanggan ditipu dengan harga-harga nasi kandar yang langsung tidak masuk akal!

Namun begitu, di Salman Nasi Kandar, masalah ini tidak akan terjadi kerana tagline mereka iaitu “Murah, Banyak, Sedap” pastinya menjamin semua peminat nasi kandar untuk dapat menikmati hidangan ini pada harga yang murah dah tetap.

Image via @salmannasikandar (Instagram)

Salman Nasi Kandar yang terletak berdekatan dengan stesen komuter UKM menyediakan nasi kandar pada harga RM5 sahaja!

Lihat gambar-gambar yang meliurkan di bawah: 

Image via @5zayns (Instagram)

Image via @pie_ruz (Instagram)

Image via @fatinsuhailafarid (Instagram)

Di gerai ini, anda boleh memilih antara Nasi Kandar Biasa (RM5), Nasi Kandar Daging/Siakap Biasa (RM6) dan juga Nasi Kandar Ayam Special (RM10) yang dipenuhi dengan sayur goreng, cili hijau, bendi, telur rebus dan telur masin. Memang berbaloi!

Anda hanya perlu menambah RM1 untuk setiap lauk tambahan seperti sayur goreng, bendi, telur masin, telur rebus dan cili hijau. 

Apa yang menarik tentang Salman Nasi Kandar ialah mereka menyediakan nasi kuning mengikut cara Kedah. Manakala, ayam goreng pula disediakan panas-panas dari kuali!

Lihat saja betapa menariknya hidangan-hidangan ini:

Image via @salmannasikandar (Instagram)

Image via @salmannasikandar (Instagram)

Nasi kuning gaya Kedah di gerai ini memang sangat aromatik dan sesuai digandingkan bersama 5 jenis kuah berbeza iaitu kuah kari ikan, kari daging, kuah hitam (daging) dan kuah hitam (biasa). Lebih-lebih lagi dimakan dengan ayam goreng crispy dan panas. Memang terangkat!

Anda teringin nasi kandar utara? Dapatkan maklumat lanjut di bawah:

Image via fbcdn.net

Alamat: Salman Nasi Kandar, LOT 6741E, Jalan Tropika 5, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang. 

Waktu Operasi:
11.00 pagi - 9.00 malam (Setiap hari)
Tutup setiap hari Jumaat.

No. Telefon: +6013-3805567

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Check out banyak lagi hidangan menarik dan murah di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment