Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

9 Restoran Cantik Dan 'Photo-Worthy' Di Klang Valley. Sumpah Lawa!

Feed Instagram anda perlukan sedikit kelainan? Inilah peluang anda!

Sempena tahun baru ini, anda pun sudah semestinya ingin meneroka tempat makan yang baru juga.

Image via GIPHY

Kesemua tempat makan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri sama ada menu yang menarik ataupun perhiasan yang sangat 'instagrammable'.

Check out senarai di bawah untuk tempat makan yang menarik:

2. Catcher In The Rye @ Petaling Jaya

Image via Catcher In The Rye

Image via @delectablesu (Instagram)

Image via @squarepad (Instagram)

Kafe yang diilhamkan oleh buku klasik J.D Salinger ini memang bersesuaian buat anda yang berjiwa minimalistik dan artistik. Catcher In The Rye bukan sahaja mempunyai atmosfera yang menarik, malah kafenya juga menawarkan menu yang menarik. Sesuai sekali untuk anda yang ingin mengisi perut kosong mahupun keamanan untuk membuat kerja. 

Antara hidangan yang anda wajib cuba di kafe ini ialah homemade ice cream seperti bitter gourd honey dan chrysanthemum. Selain itu, kafe ini juga mempunyai specialty seperti deep fried mac & cheese dan earl grey souffle.

Alamat: Catcher In The Rye, 605, Jalan 17/12, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi
12.00 tengah hari - 10.00 malam (Jumaat - Ahad) 
Tutup pada setiap hari Isnin hingga Khamis. 

No. Telefon: +6016-226 1878

Status: Pork-free

Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook

3. The Ame Soeur @ Bukit Jalil

Image via @shah_alghazali (Instagram)

Image via @theamesoeur (Instagram)

Image via @dess_elviera (Instagram)

The Ame Soeur yang bermakna soulmate pasti akan mencuri hati anda. Kafe ini ternyata lain daripada yang lain kerana menawarkan hidangan Perancis yang halal dan lazat! Walaupun restoran ini nampak mahal, anda tidak perlu risau kerana harganya agak berpatutan dan berbaloi.

Interior design restoran ini sangat cantik dan bersesuaian untuk acara istimewa mahupun hi tea. Must try!

Alamat: The Ame Soeur, No. 20, Jalil Link Block 2, Jalan Jalil Jaya 2, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
11.00 pagi - 9.00 malam (Isnin, Rabu, Khamis) 
9.30 pagi - 10.30 malam (Jumaat - Ahad)
Tutup pada setiap hari Selasa.

No. Telefon: +03-8999 0738

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook

4. OpenHouse @ KLCC

Image via @mankid (Instagram)

Image via @epy.eja (Instagram)

Image via @nurulzulkifli (Instagram)

Jika anda teringin hendak bersantap seperti diraja, OpenHouse di KLCC bersedia untuk merealisasikan impian anda. Restoran ini menawarkan menu yang unik sekali kerana menggunakan resipi istana diraja Melayu untuk menghasilkan masakan Malaysia moden.

Antara hidangan special yang anda wajib cuba ialah pais asam pedas dan juga river lobster tempoyak. Di OpenHouse, anda berpeluang untuk menjadi raja sehari.

Alamat: OpenHouse, KLCC, OpenHouse G48, Suria, 50088 Kuala Lumpur.
  
Waktu Operasi:
11.00 pagi - 12.00 malam (Ahad - Khamis) 
11.00 pagi - 1.00 pagi (Jumaat - Sabtu) 
 
No. Telefon: +03-2162 0888

Status: Pork-free

Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook

5. MUSE Eatery @ Petaling Jaya

Image via @squarepad (Instagram)

Image via @malaysianflavours (Instagram)

Image via @jexzhong (Instagram)

MUSE Eatery yang baru ini terletak di Happy Mansion, PJ dan menawarkan menu yang menarik. Suasana kafe ini yang damai juga pasti akan menawan hati anda. Sangat sesuai untuk bersantai di waktu petang bersama yang tercinta. 

Antara hidangan yang anda wajib cuba di kafe ini ialah har cheong gai iaitu ayam goreng yang diperap dengan pes udang. Memang meliurkan!

Alamat: MUSE Eatery, B-G-7, Happy Mansion 17/13, Jalan, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +6019-912 0934 

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook

6. Pokok @ Jalan Universiti

Image via @aymarneasthak (Instagram)

Image via @whattomakan.official (Instagram)

Image via POKOK KL

Baru-baru ini, POKOK telah mendapat banyak perhatian kerana lokasinya yang sangat unik. Kafe ini bertempat di sebuah rumah kaca yang mempunyai gaya minimalistik. Memang best untuk bergambar!

Apa yang lagi best ialah, kafe ini menyediakan pelbagai hidangan barat dan Asia seperti chili padi pesto with poached egg and beef bacon dan juga nasi lemak platter!

Alamat: POKOK, MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 9.00 pagi - 9.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +6012-221 3728

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook

7. Good Monster @ Mid Valley

Image via @lavienenrose (Instagram)

Image via @sharmainewong (Instagram)

Image via @lavienenrose (Instagram)

Good Monster mengikut rentak trend yang terkini dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan yang sihat. Sekiranya anda mengamalkan diet ketogenik mahupun pescatarian, Good Monster memang sesuai untuk anda! 

Anda juga boleh mengubahsuai rice bowl anda mengikut citarasa sendiri. Memang wajib cuba!

Alamat: Good Monster, LG089B, Lower Ground Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200, Wilayah Persekutuan, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 10.00 pagi - 10.00 petang

No. Telefon: +03-6734 0803

Status: Pork-free

Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook

8. Thurs 2.0 @ Taman Miharja, Cheras

Image via @shanelloves (Instagram)

Image via yumintum_ (Instagram)

Image via @smilechueng (Instagram)

Jika anda menggemari bubble tea, kafe ini pasti akan menarik minat anda. Thurs 2.0 dikenali dengan signature mereka iaitu earl grey bubble tea cake. Kek ini memang sangat unik kerana ia mempunyai kek chiffon yang gebu dan juga sea salt cheese milk dan boba. Sangat nikmat!

Kek istimewa ini hanya boleh didapati di kafe ini sahaja tau!

Alamat: Thurs 2.0, No.270, Jalan Cheras, Taman Miharja, 56100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 12.00 malam (Isnin - Khamis)
9.00 pagi - 2.00 pagi (Jumaat - Ahad)

No. telefon: +6010-829 2700

Status: Pork-free 

Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook

9. Chubbee Cloud @ Damansara Utama

Image via @NieyNiey___ (Instagram)

Image via @chubbeecloud (Instagram)

Image via @kimberleyyly (Instagram)

Sebagai sebuah dessert shop, Chubbee Cloud sememangnya kafe yang terserlah kecomelannya. Menu yang ditawarkan juga pasti mencuit hati anda. Memang best kalau berpacaran di kafe ini.

Antara menu yang anda patut cuba ialah Grilled Rainbow Happy Toast dan Peanut Butter Chocolate Toast yang dijamin akan mewarnai hari anda. Kafe ini juga menawarkan pelbagai lagi jenis minuman yang istimewa seperti Magical Mericorn Milkshake.

Alamat: 85-G, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
12.00 tengah hari - 10.30 malam (Selasa - Khamis)
12.00 tengah hari - 11.30 malam (Jumaat - Ahad)
Tutup pada setiap hari Isnin.

No. Telefon: +03-7733 7708

Status: Pork-free 

Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Instagram | Facebook

10. Soylab @ Damansara Utama

Image via @imcalista (Instagram)

Image via @foods_lover_hunter (Instagram)

Image via @mich.eats (Instagram)

Soylab sememangnya wajib dikunjungi kerana kafe ini merupakan kafe pertama di Malaysia yang betemakan tauhu. Jika anda minat dengan soya, inilah destinasi anda! 

Anda boleh mendapatkan pelbagai menu soya di sini, dari tau fu fah, kakigori dan juga souffle pancakes. Kafe ini memang ternyata lain daripada yang lain.

Alamat: Soylab, 104, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

No. Telefon: +03-7731 6099

Waktu Operasi: 1.00 petang - 12.00 pagi (Setiap hari) 

Status: Pork-free

Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Nak tahu apa lagi makanan yang menarik? Boleh lihat artikel ini:

Lihat artikel-artikel di bawah untuk meneroka banyak lagi kafe di sekitar KL:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment