Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Nikmati Bakso 'Gergasi' & 22 Sambal Asli Yogyakarta Di Restoran Di Seri Kembangan Ini!

Jom cuba hidangan Yogyakarta lazat & murah di Tempat Makan Lesehan di Seri Kembangan.

Cover image via @tempat.makan.lesehan

Apabila bercakap tentang hidangan Indonesia, anda pasti teringat hidangan ayam penyet.

Tetapi tahukah anda, terdapat banyak lagi hidangan unik dan lazat yang anda kini boleh dapatkan hanya di Tempat Makan Lesehan di Seri Kembangan.

Tempat Makan Lesehan menghidangkan pelbagai hidangan Yogyakarta yang asli dan jarang didapati di restoran lain. Restoran ini juga mempunyai suasana yang unik kerana anda perlu duduk bersila. Ibarat anda menjamu selera di Yogyakarta! 

Image via @tikati_potato (Instagram)

Antara hidangan yang paling unik di restoran yang anda wajib cuba ialah Bakso Beranak (RM10) yang mempunyai bakso overload

Lihat gambar-gambar yang meliurkan di bawah: 

Image via Tempat Makan Lesehan (Facebook)

Image via @tempat.makan.lesehan (Instagram)

Apa yang istimewa tentang Bakso Beranak ini ia saiznya yang besar dan isi dalamnya yang mempunyai telur burung puyuh rebus dan bakso-bakso kecil. Memang puas lagi-lagi jika dinikmati bersama bihun dan sambal homemade belado yang pedas manis! 

Anda juga boleh memilih antara mee kuning, bihun, kuey teow atau soo hoon mengikut citarasa anda. Tiada harga tambah akan dikenakan. Selain itu, anda juga wajib sekali mencuba beraneka hidangan mee unik seperti mee ayam, mee pangsit, mie ayam bakso dan mie pangit bakso. 

Peminat nasi goreng juga boleh menikmati menu best seperti Nasi Goreng Gila (RM10), Nasi Goreng Merapi (RM5) dan Nasi Goreng Gobal Gabul (RM6)

Image via Tempat Makan Lesehan / Facebook

Image via @iekasadell (Instagram)

Image via @karlgordani (Instagram)

Setiap nasi goreng yang dihidangkan mempunyai rasa mereka yang tersendiri. Nasi Goreng Gila yang popular di Jakarta ini mempunyai ayam, daging, sotong, udang, paru dan sosej. Memang mantap betul!

Manakala nasi goreng Merapi pula terkenal di kalangan pelanggan kerana rasa pedasnya yang teramat di samping rasanya yang sangat lazat. Bukan itu sahaja, Nasi Goreng Gobal Gabul pula dihidangkan bersama telur dadar. 

Untuk sesuatu yang simple tapi mengenyangkan, anda wajib sekali mencuba nasi berlauk seperti ayam penyet (RM6), pecel lele (RM5), bawal penyet (RM12) dan daging penyet (RM8)

Image via @tempat.makan.lesehan (Instagram)

Image via @lilyqanitah (Instagram)

Image via @tempat.makan.lesehan (Instagram)

Setiap hidangan nasi akan dihidangkan bersama sambal ijo dan sambal pedas manis. Jika anda rambang mata, anda juga boleh memilih Nasi Bergaduh yang mempunyai dua pilihan lauk iaitu daging bakar dan ayam penyet. Pasti puas punyalah!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih 22 jenis sambal secara ala carte. Setiap sambal pula semurah RM3 sahaja!

Image via Tempat Makan Lesehan (Facebook)

Keunikkan sambal di sini ialah mereka tidak menggunakan cili kering untuk menyediakan sambal. Malah, cuma cili segar sahaja yang digunakan. Setiap sambal juga disediakan khas untuk setiap pesanan.

Antara pilihan sambal yang anda wajib sekali cuba ialah sambal tubruk yang menggunakan resepi asli Yogyakarta, sambal lombok ijo dan sambal kendondong.

Anda teringin untuk mencuba? Dapatkan info penuh Tempat Makan Lesehan di sini:

Image via @tempat.makan.lesehan (Instagram)

Alamat: Jalan LP 7/2, Lestari Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 11.00 malam

No. Telefon: +6014-9632457

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi makanan menarik di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment