makan

Food Truck Terkenal Di Cheras Ini Menjual Ayam Panggang Ala Nando's Yang Lazat & Murah

Chicken Royale di Bandar Tun Hussein Onn ini bukan sahaja murah tapi sedap pula tu!

Cover image via @chicken_royale

Ayam panggang yang lazat dan murah memang susah untuk dicari. Tetapi kini anda boleh dapatkan ayam panggang ala Nandos di Chicken Royale, Bandar Tun Hussein Onn

Chicken Royale merupakan sebuah food truck terkenal di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras yang menyediakan hidangan ayam panggang pada harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, ayam panggang yang disediakan juga sesuai untuk anda yang sedang berdiet.

Chicken Royale menghidangkan seekor ayam panggang piri piri (RM21)

Antara keistimewaan Chicken Royale juga ialah mereka hanya menggunakan ayam dara yang memberikan daging yang begitu tender dan juicy sekali. Bukan itu sahaja, setiap ayam juga diperap selama 24 jam untuk menghasilkan ayam panggang yang penuh rasa rempah ratus.

Memang sesuai buat anda yang ingin jaga pemakanan kerana ayam yang dipanggang tidak menggunakan minyak yang banyak

Anda juga boleh memilih set kombo ayam panggang dan nasi dari RM9 sahaja!

Untuk anda yang mahukan saiz hidangan yang lebih besar, Chicken Royale juga menyediakan set-set hidangan talam yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan!

Set Badang (RM 49)

Set Badang ini mempunyai nasi arab, seekor ayam, nugget ayam, salad dan kentang goreng yang ditambahkan sos keju dan sos cili. Dijamin berbaloi duit anda! 

Set Bersiong (RM69)

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih Set Bersiong (RM69) yang dibanjiri dengan campuran keju cheddar dan mozarela. Memang mantap!

Setiap Set Bersiong mempunyai seekor ayam panggang piri piri, nasi arab, sayur, kentang dan nugget ayam yang dibanjiri dengan keju leleh. Malah, terdapat serbuk cili juga yang mengelakkan anda menjadi muak. Sedap betul!  

Anda boleh check out banyak lagi pilihan set talam mereka di sini!

Lihat sahaja betapa juicy dan padunya ayam panggang ini!

Dapatkan info penuh Chicken Royale food truck di sini:

Alamat:  Persiaran Suarasa 2, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.

Waktu Operasi
: 6.00 petang - 11.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +6018-2526802

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi makanan menarik di sini:

More stories to read: