makan

Jom Bersantap 'Fine-Dining' Halal & Murah Di Kafe Perancis Yang Cantik Di Bukit Jalil Ini!

Nikmati 'fine-dining' Perancis halal pada harga yang berpatutan hanya di Kafe Ame Soeur, Bukit Jalil!

Cover image via @cafeamesoeur

Dengan pilihan kafe yang pelbagai di Lembah Klang, anda pasti mahukan kafe yang mempunyai kelainan, bukan?

Sama ada anda mahu menikmati kopi dan minuman petang ataupun menikmati hidangan istimewa bersama mereka yang tersayang, Kafe Ame Soeur di Bukit Jalil ini sememangnya sesuai sekali untuk anda.

Lihat sahaja betapa cantiknya dekorasi kafe ini:

Tetapi Kafe Ame Soeur bukan sahaja popular dengan konsep kafe yang photo-worthy untuk Instagram feed anda, malah anda juga boleh bersantap hidangan Perancis bak diraja!

Lihat hidangan-hidangan yang unik di bawah: 

Di Kafe Ame Souer, anda boleh menikmati hidangan fusion Barat dan Perancis yang unik seperti fine dining pada harga yang berpatutan. Sangat sesuai untuk anda yang ingin mencuba hidangan barat yang tidak boleh didapati di restoran-restoran lain.  

Antara hidangan menarik yang anda wajib cuba ialah Mushroom Sausage Risotto dan Marinara Bay yang unik tetapi sangat bersesuaian dengan cita rasa semua orang. Manakala Squid-Ink Pasta pula lain daripada lain dan wajib sekali dicuba.  

Jika anda mahukan cita rasa tempatan, anda juga boleh menikmati hidangan nasi seperti Grilled Salmon Fillet Rice, Thyme Roasted Chicken Rice dan Lamb Brisket Wild Mushroom Rice

Untuk anda yang mempunyai sweet tooth, kafe ini secocok dengan cita rasa anda kerana mereka mempunyai menu desserts yang pasti akan menggoda anda!

Antara highlights mereka ialah Belgium Chocolate Waffle, Sweet Corn Pancakes dan Fruity French Toast. Memang memuaskan!

Anda teringin nak memanjakan diri dengan hidangan istimewa? Dapatkan info penuh di bawah:

Alamat: No. 20, Jalil Link Block 2, Jalan Jalil Jaya 2, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.30 pagi - 10.30 malam (Jumaat hingga Ahad)
11.00 pagi - 9.00 malam (Isnin hingga Khamis)

No. Telefon: +603-8999 0738

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi makanan menarik di sini:

You may be interested in: