[TIPS] 5 Perkara Penting Anda Wajib Tahu Sebelum Beli Pisau. Barulah Selamat & Tahan Lama!
Pastikan guna pisau yang tepat untuk keselamatan anda.
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita main beli je pisau tanpa mengetahui jenis pisau dan fungsi setiap pisau. Asal nampak tajam, ok dah boleh add to cart.
Haa, sebab itu pisau di rumah sentiasa tak tajam dan cepat rosak...
Image via GIPHY
Sebelum ini, kami telah berkongsi berkaitan 5 jenis pisau yang wajib ada di dapur anda.
Kali ini, kami akan membantu anda untuk beli pisau yang tepat! Jom...
Check out 5 tips penting ini sebelum anda membeli pisau:
1. Kebanyakan pisau di pasaran diperbuat daripada keluli tahan karat atau keluli karbon
Image via Survival strong hold
Pisau keluli tahan karat ialah jenis pisau yang lebih digunakan dalam dunia memasak. Pisau ini tidak mempunyai penjagaan khas dan lebih murah berbanding pisau bahan lain. Namun begitu, pisau ini cepat menjadi kusam dan tidak bersinar setelah digunakan beberapa kali.
Pisau keluli karbon pula mempunyai bilah yang lebih tajam dan keras. Dengan penjagaan khas, pisau ini boleh tahan lama berbanding dengan pisau bahan lain. Tidak dinafikan, pisau ini lebih mahal berbanding dengan pisau keluli tahan karat.
Tips pilih keluli pisau: Jika anda inginkan pisau yang digunakan untuk seharian dan budget-friendly, anda boleh memilih pisau keluli tahan karat (stainless steel). Sebaliknya jika anda ingin pisau yang tahan lama, boleh pilih pisau keluli karbon.
2. Pastikan pisau tidak terlalu berat atau terlalu ringan supaya lebih senang dikawal
Image via GIPHY
Berat pisau sememangnya mengikut cita rasa masing-masing. Ada yang memilih berat sebab mereka selesa dengan pisau yang lebih berat. Sebaliknya, ada yang memilih pisau yang ringan kerana bagi mereka, pisau yang ringan lebih senang digenggam dan dikawal.
Tips ukur berat pisau dengan betul: Ambil pisau dan pura-pura cincang makanan. Pisau sepatutya tidak rasa terlalu berat atau terlalu ringan. Kalau rasa selesa dan senang dikawal, haa itu dia pisau yang tepat untuk anda!
3. Pisau berkualiti baik juga mempunyai titik keseimbangan yang bagus
Image via Decoratex
Keseimbangan sebilah pisau sangat penting untuk keselamatan semasa penggunaan.
Tips mengukur keseimbangan pisau: Letakkan satu jari di tengah-tengah pisau. Jika pisau tidak condong ke kiri atau kanan, maknanya pisau tersebut mempunyai titik keseimbangan. Perlu hati-hati bila ukur tu!
4. Pilih pemegang pisau yang selesa dan tidak mudah tergelincir
Image via GearEvo Kitchen and Butcher Knife
Pemegang pisau sememangnya paling penting dalam memilih pisau. Pastikan pegangan pisau sesuai dan tepat dengan saiz pegangan dan kekuatan tangan anda. Terdapat dua jenis pegangan, iaitu jenis segi empat yang biasa didapati dan jenis octagonal berbentuk bulat. Kebiasaanya pemegang pisau yang segi empat sudah memadai untuk mendapatkan pegangan yang selesa.
5. Next, make sure beli pisau yang mempunyai ukuran betul dan sesuai dengan kegunaan anda
Image via Resep koki
Kebanyakan orang memilih chef's knife yang mempunyai ukuran 8 inci. Sebenarnya, bilah pisau ini lebih panjang lebih bagus untuk memotong sayuran yang tebal dan daging.
Untuk orang yang mempunyai saiz tangan yang kecil, anda digalakkan menggunakan pisau jenis Santoku yang berasal dari Jepun. Bilah pisau ini tidak lebih daripada 7 inci dan selesa untuk tangan yang kecil.
6. Last sekali, anda kena perhatikan ukuran lebar bilah pisau yang paling sesuai untuk kegunaan seharian
Image via stack exchange
Kelebaran bilah pisau juga merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian. Semakin lebar bilah pisau itu, lebih senang untuk anda hancurkan bawang putih, halia dan lain-lain. Selain itu, sayur kubis atau buah melon juga senang dipotong menggunakan pisau yang mempunyai bilah lebar.
Bilah yang lebih kecil sesuai untuk membuat kerja-kerja prepping bahan seperti memotong bahan-bahan kecil seperti tomato atau menghiris ikan mentah.
Paling penting, cari pisau yang anda selesa dan tajam. Pilih pisau yang sesuai dengan bajet anda, asalkan tajam!
Jangan beli pisau yang tumpul kerana lebih membahayakan dan mungkin anda akan cedera apabila melakukan kerja-kerja memotong.
Image via GIPHY
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Jom kenal 5 jenis pisau ini sebelum beli:
Dah ada pisau yang berkualiti, jom belajar potongan basic ini:
Jom amalkan tips-tips yang berguna ini:
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan gajet dapur ini:
Leave a comment