Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Jinjja? Lebih 28K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Topokki Guarantee Sedap & Senang

Saya dah try and memang jadi. Daebak!

Cover image via Zurina Zulkefli (Facebook)

Korean rice cake atau lebih dikenali sebagai Topokki memang menjadi kegemaran ramai sekarang. Dengan kekenyalan dan sos manis manis... Emm, give me more!

Image via bukalapak (Blogspot)

Tau tak sebenarnya kita boleh buat topokki sendiri di rumah, hasilnya sama seperti restoran Korea. Jom check out resepi di bawah.

Bahan yang diperlukan:

Topokki

  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak bijan
  • Air suam
Kuah topokki

  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar pes cili
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil stok ayam
  • Gula secukup rasa
  • Hirisan sosej 
  • Telur rebus


Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.

Image via Zurina Zulkefli (Facebook)

2. Uli doh secara memanjang dan potong kecil.

Image via Zurina Zulkefli (Facebook)

Image via Zurina Zulkefli (Facebook)

3. Letakkan topokki ke atas pinggan yang telah disapu dengan minyak bijan.
4. Kukus selama 5 minit. 

Image via Zurina Zulkefli (Facebook)

5. Selepas kukus, terus rendamkan topokki ke dalam air sejuk untuk kekalkan kekenyalannya.

Image via Zurina Zulkefli (Facebook)

6. Untuk kuah, panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih sehingga bau wangi.
7. Masukkan pes cili giling, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula, stok ayam dan sedikit air dan kacau sehingga kuah likat.

Image via Zurina Zulkefli (Facebook)

8. Masukkan topokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit.

Image via Zurina Zulkefli (Facebook)

Ta-daaaa, siap dah! Hidangkan bersama telur rebus untuk kelazatan yang lebih sempurna

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Ngidam makanan korea?

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment