makan

Lebih 2K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread Yang Simple!

Jom cuba hasilkan Korean Cream Cheese Garlic Bread yang rangup dan lembut ini!

Cover image via Atisha Kamarudin (Facebook)

Roti gabungan cream cheese dan garlic yang padu ini sememangnya digemari ramai

Bayangkan makan roti rangup campur cream cheese cair panas panas? Nikmatnya tak tehingga! Penggemar roti tidak perlu beratur ke bakery atau kedai kek untuk beli roti ini. Anda boleh cuba sendiri di rumah. Mudah je!

Mesti tak sabar nak cuba roti viral ini kan? Tunggu apa lagi? Jom cuba!

Antara bahan yang perlu disediakan ialah:

Bahan-bahan roti:

  • 70 gram air
  • 5 gram yis
  • 38 gram gula
  • 60 gram susu segar (sejuk)
  • 1 biji telur (gred B)
  • 250 gram tepung roti
  • Garam secukup rasa
  • 40 gram marjerin
Bahan-bahan cream cheese:
  • 150 gram cream cheese
  • 20 gram gula halus
Bahan-bahan garlic butter sauce:
  • 1 biji telur (gred B)
  • 100 gram butter (dicairkan)
  • 15 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 25 gram madu atau gula
  • 20 gram whipping cream atau susu
  • 2 sudu besar mayonis
  • 3 sudu besar daun parsley kering

Ikuti cara membuatnya di bawah:

1. Gabungkan semua bahan roti kecuali majerin. Gaul dengan sebati.
2. Masukkan marjerin dan uli sehingga elastik.
3. Timbang setiap 65 gram doh dan biarkan sehingga kembang dua kali ganda.
4. Bakar dalam suhu 180°C selama 20 minit (ikut kesesuaian oven).


5. Sebatikan 150 gram cream cheese dan 20 gram gula halus sehingga menjadi creamy.

6. Sebatikan bahan-bahan garlic butter sauce
7. Belah roti kepada 4 bahagian (pastikan belah sehingga bawah roti tetapi jangan sampai kulit roti).
8. Masukkan cream cheese dalam setiap belahan roti. 
8. Celupkan roti dalam garlic sauce
9. Letakkan cream cheese di bahagian atas roti. 
10. Bakar roti pada suhu 160°C selama 15 minit. 

Apabila dah siap, inilah hasilnya. Mudah sangat! Enak dan lazat dimakan panas panas.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi simple yang lain:

More stories to read: