makan

Resepi Mexican Bun Ini Persis Rotiboy Dan Senang Sahaja Untuk Dibuat, Enak Pulak Tu

Hasilkan mexican bun ini dah confirm satu rumah akan bau harum semerbak.

Cover image via Puteri Rupawan/Facebook

Kalau masak Mexican bun ini, pasti satu taman pun terliur dengan baunya

Siapa tidak mengenali Mexican bun ini? Jika ke pasar raya, baunya yang harum boleh dibau dari jauh lagi. Tapi jenuh juga hendak mencari Mexican bun musim cuti ini. Jadi, marilah cuba membuatnya sendiri di rumah.
 
Ikuti sahaja resepi terperinci ini dan pasti anda akan gembira dengan hasilnya nanti. Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini juga amat mudah untuk dicari. Jadi jangan risau, senang aje untuk membuat Mexican bun ini! Jom lihat resepinya?

Untuk resepi Mexican bun yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Puteri Rupawan!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan roti

  • 1 biji kuning telur
  • 30g gula kastor
  • Secubit garam
  • 250g tepung roti / tepung gandum
  • 1 sud besar susu tepung
  • 1 sudu kecil yis
  • 150ml air 
  • 30g marjerin

Bahan-bahan topping

  • 50g butter (dilembutkan)
  • 40g gula perang
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar Nescafe (dicampur dengan 1 sudu besar air panas)
  • 60g tepung gandum
  • 10g tepung jagung

Inti roti :

  • Butter
  • Gula 
  • Garam 

Mari lihat cara untuk membuatnya:

Cara membuat inti

1. Campurkan butter, gula dan garam dan gaulkan sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan campuran butter tersebut ke dalam peti sejuk untuk keraskannya semula.

Cara membuat roti

1. Satukan telur, gula, garam, tepung, susu tepung, yis, majerin dan air di dalam mixer.

2. Ulikan kesemua bahan tadi sehingga doh tidak melekat di mangkuk dan menjadi elastik.

3. Setelah diuli, rehatkan doh selama 15 minit.


Cara membalut inti

1. Ambil 40g doh untuk menghasilkan bulatan-bulatan kecil berinti butter untuk diletakkan di tengah doh bun nanti.

2. Masukkan sedikit inti campuran butter yang telah disejukkan tadi.

3. Kemudian, bulatkan doh semula dan tutupkan inti tersebut.

4. Ulangi proses ini sehingga doh dan butter habis.

5. Masukkan butter yang telah dibalut doh kedalam doh bun yang lebih besar.

6. Ulangi proses sehingga doh bun habis.


Cara membuat topping

1. Campurkan kesemua bahan topping dan kacau sebati.

2. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikacau kedalam piping bag.

3. Sapukan majerin ke atas dulang atau alaskan dulang menggunakan parchment paper.

4. Kemudian, biarkan doh rehat selama 30 minit di atas dulang.

5. Selepas itu, baru letakkan topping di atas bun.

6. Panaskan oven pada 170°c.

7. Akhir sekali, bakar bun pada suhu 170°c selama 20 minit dan ban anda telah pun siap untuk dimakan!

Apabila Mexican bun anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan semasa masih panas kepada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi sedap yang lain:

You may be interested in: