makan

Lebih 6K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Goreng Tepung Yang Sedap Dan Mudah Dibuat

Hasilkan ikan goreng tepung stail Terengganu menggunakan resepi yang amat mudah ini.

Cover image via Khaisar Azman/Facebook

Nikmati ikan goreng tepung ala Terengganu di rumah anda

Siapa pernah ke Terengganu pasti tahu betapa sedapnya ikan goreng tepung di sana. Keenakannya memang tiada tandingan. Sekarang, anda boleh buat sendiri di rumah kerana resepinya amat ringkas sekali!

Dengan hanya menggunakan beberapa bahan asas dapur, anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya. Langkah-langkah untuk membuatnya turut mudah untuk diikut. Jom tengok resepinya?

Untuk resepi ikan goreng tepung yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Khaisar Azman yang telah mendapat sebanyak 6k perkongsian!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar air kapur
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit ajinomoto (optional)
  • Sebiji telur
  • Air

Mari lihat cara untuk membuatnya:

1. Campurkan tepung beras, air kapur, kunyit, garam, ajinomoto, telur dan air kedalam mangkuk.

2. Gaulkan semuanya sehingga sebati.

3. Pastikan adunan tepung tidak terlalu pekat atau cair dan tambahkan tepung atau air sekira perlu.

4. Salutkan ikan yang telah dicuci bersih di dalam adunan tepung tersebut sehingga seluruh ikan telah disaluti.


5. Masukkan ikan yang telah disaluti dalam kuali berisi minyak panas.

6. Gorengkan ikan sehingga kuning keemasan dan garing di luar.

7. Angkat ikan daripada kuali dan ikan goreng tepung sedia untuk dihidang!

Apabila ikan goreng tepung anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan pada keluarga tersayang semasa masih panas dan confirm mereka akan suka!

Sumber resepi: Khaisar Azman.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi sedap yang lain:

You may be interested in: