Lebih 1K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kuih Akok Yang Amat Ringkas Dan Enak
Hidangkan kuih akok sebagai santapan petang dengan mengikuti resepi yang ringkas ini.
Senang rupanya untuk membuat kuih akok sendiri
Akok merupakan salah satu kuih yang sering dijumpai di pasar malam ataupun bazar ramadan. Kuih yang berasal dari pantai timur ini bukan sahaja mempunyai tekstur yang lembut dan cair di mulut, tetapi juga mempunyai rasa manis yang cukup untuk membuat anda inginkannya lagi dan lagi.
Kuih akok ini amat ringkas sekali untuk dibuat. Anda hanya perlukan beberapa bahan asas dapur untuk menghasilkannya. Masa yang diambil untuk membuatnya juga pendek sekali. Jom lihat resepinya di bawah?
Untuk kuih akok yang ringkas dan sedap, ikuti perkongsian pengguna Facebook Lily SyaziLiff yang telah mendapat sebanyak 1k perkongsian!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
7 biji telur (gred A)
3 helai daun pandan (digunting)
Secubit garam
100 gram gula melaka
1 sudu gula putih (optional)
1/2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
250 gram santan kotak (dicampur sedikit air)
Mari lihat cara untuk membuatnya:
2. Kemudian, tuangkan semula larutan air gula dan daun pandan bersama telur, santan, tepung gandum, gula melaka dan garam, ke dalam pengisar.
3. Kisarkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
4. Kemudian, panaskan oven selama 15 minit pada suhu 180 'c dan sapukan minyak kepada loyang muffin atau acuan akok.5. Masukkan loyang muffin atau acuan akok ke dalam oven sehingga tray agak panas.
6. Setelah itu, keluarkan loyang muffin atau acuan akok dan tuangkan adunan tadi kedalam loyang sehingga 3/4 penuh.
Apabila akok anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan semasa masih panas pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!
Sumber resepi: Lily Syaziliff.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!