makan

Resepi Puding Karamel 5 Bahan Ini Bukan Sahaja Lazat Tapi Juga Amat Mudah Disediakan

Anda boleh kisarkan sahaja semua bahannya sebelum dikukus, mudah sangat.

Cover image via Aien Mazalan/Facebook

Puding karamel ini memang enak, dihidang pula sejuk-sejuk nikmatnya memang tiada tandingan

Puding karamel ini merupakan salah satu makanan kegemaran ramai apabila berkunjung ke bazar ramadhan. Sempena ramadhan kali, jom kita cuba pelajari resepi puding karamel untuk dibuat di rumah?

Resepinya amat mudah sekali. Anda cuma memerlukan beberapa bahan asas dapur dan sebuah blender. Walaupun ringkas, puding karamel ini dijamin enak lagi-lagi bila dikongsi bersama keluarga tersayang. Jom tengok resepinya? 

Untuk resepi puding karamel yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Aien Mazalan!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan gula
  • ½ cawan air
  • 5 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu susu pekat manis
  • Sedikit esen Vanilla

Image via Aien Mazalan

Mari lihat cara untuk membuatnya:

1. Menggunakan api kecil, masukkan gula dan air ke dalam pan dan masakkannya sehingga gula bertukar menjadi warna karamel atau coklat cair. 

2. Setelah gula telah bertukar warna, letakkan air gula tersebut di dalam loyang dan biarkan sejuk seketika. 

3. Kemudian, masukkan telur, susu cair, susu pekat manis dan esen vanila ke dalam pengisar (anda juga boleh gaul menggunakan tangan).

4. Kisarkan semua bahan tersebut sehingga sebati.

5. Selepas itu, tuangkan semua bahan yang telah dikisar tadi ke atas karamel yang telah disejukkan.

6. Kukuskan puding karamel tersebut selama 10-15 minit. 

7. Akhir sekali, keluarkan puding karamel daripada pengukus dan biarkan seketika sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.

Apabila puding karamel anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan sejuk pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi sedap yang lain:

You may be interested in: