makan

Lebih 1K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Batik Indulgence Yang Simple Dan Sedap

Anda boleh melazatkan lagi kek batik anda dengan hanya menggunakan krim keju dan krim putar.

Cover image via Ariana Sofia Ahmad/Facebook

Jatuh cinta dengan kek batik indulgence ini dengan hanya satu suap!

Kek batik ini memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Resepinya mudah sekali dan hanya memerlukan beberapa bahan asas dapur yang amat mudah dicari. Tapi tahukan anda bahawa kek batik boleh ditambah baik lagi?

Kek batik indulgence ini mempunyai topping krim keju dan ganache coklat di atasnya, membuatkan kek ini lebih creamy dan lazat. Ditambah pula rasa manis lemak cheese itu, memang tak terlawan keenakannya! Dengan hanya menggunakan beberapa bahan tambahan lain seperti keju krim dan krim putar, anda juga boleh cuba resepi ini di rumah.

Untuk resepi kuah kacang yang ringkas dan sedap, ikuti perkongsian pengguna Facebook Ariana Sofia Ahman yang telah mendapat sebanyak 1k perkongsian!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan kek batik

  • 450g biskut marie (dipatahkan)
  • 250g butter
  • 1 cawan milo (110g)
  • 3/4 cawan susu pekat manis (190ml atau 250g)
  • 1/2 cawan serbuk koko (atau 50g)
  • 1/2 cawan air masak (60ml atau 50g)
  • 1 sudu kecil esen vanila


Bahan lapisan krim keju

  • 250gram krim keju
  • 150ml krim putar (jenama Anchor)
  • 1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas dikacau sebati)
  • 3 sudu besar gula custor
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila


Bahan lapisan coklat

  • 300g milk compound coins (jenama Beryls)
  • 150ml krim putar (jenama Anchor)
  • 1 sudu besar butter

Mari lihat cara untuk membuatnya:

Cara membuat kek batik

1. Cairkan butter di dalam kuali atau pan.

2. Kemudian, masukkan susu pekat ke dalam butter dan gaulkan sehingga sebati.

3. Selepas itu, meggunakan api perlahan, masukkan milo, serbuk koko dan esen vanila ke dalam campuran butter tadi dan kacau sehingga sebati.

 4. Apabila campuran sudah sebati, masukkan air masak dan tutupkan api. Tidak perlu tunggu untuk sos coklat mendidih.


5. Seterusnya, masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan sebentar tadi dan gaulkan sehingga semuanya telah disaluti sos coklat.

6. Kemudian, alaskan loyang dengan baking paper dan lebihkan sebanyak 2 inci pada setiap sudut untuk memudahkan proses mengeluarkan kek batik nanti.

7. Tuangkan biskut yang telah disaluti coklat tadi ke dalam loyang dan padatkan.


8. Setelah adunan biskut coklat telah dipadatkan dengan sempurna, sejukkannya di dalam peti sejuk.

Cara membuat lapisan keju krim

1. Pertama sekali, masukkan gelatin ke dalam air panas dan larutkan.

2. Selepas itu, masukkan krim keju, krim putar, gula, susu pekat dan esen vanila ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati dan tidak berketul.

3. Kemudian, masukkan air gelatin yang telah dibuat tadi dan gaulkan lagi sheinga sebati.

4. Lapiskan krim indulgence ke atas kek batik yang telah disejukkan tadi.

5. Sejukkan semula kek di dalam peti sejuk.


Cara membuat lapisan ganache coklat

1. Panaskan krim putar, di dalam periuk.

2. Kemudian, tuangkan krim putar panas ke atas coklat dan butter.

3. Gaulkan sehingga coklat cair dan sebati. 

4. Lapiskan ganache coklat di atas krim indulgence.

5. Sambung sejukkan kek batik indulgence sekurang kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Tips masakan:

  • Tuangkan krim keju dan ganache coklat di tengah cake dan biarkan keju dan coklat mengalir sendiri ke sudut kek batik. 
  • Jika perlu, condongkan dulang kek untuk alirkan keju atau coklat tersebut.

  • Gunakan pisau yang telah direndam dalam air panas untuk potongkan kek.
  • Rendamkan pisau di dalam air panas setiap kali ingin memotong kek.

Apabila kek batik indulgence anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan sejuk pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi menarik yang lain:

You may be interested in: