Lebih 1K 'Shares', Resepi Kuah Kacang 5 Bahan Ini Mudah Dibuat Dan Amat Menyelerakan
Anda hanya memerlukan kacang, cili boh, bawang, garam dan gula untuk membuat kuah kacang ini.
Siapa cakap kuah kacang boleh dimakan waktu raya je? Makan bila-bila pun sedap tau!
Kuah kacang memang enak. Dimakan pula dengan sate atau nasi impit, fuh, memang mantap! Tetapi selain mendapatkannya di gerai sate atau pada hari raya, kita boleh juga masaknya sendiri di rumah, resepinya mudah sekali.
Untuk resepi ini, anda hanya memerlukan 5 bahan sahaja! Walaupun hanya menggunakan bahan yang sikit, rasanya dijamin mantap dan sedap. Jom ikuti langkah-langkah dan tips untuk membuat kuah kacang yang padu ini?
Untuk resepi kuah kacang yang ringkas dan sedap, ikuti perkongsian pengguna Facebook Hanie Rosly yang telah mendapat sebanyak 1k perkongsian!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 500g kacang tanah (dibuang kulit)
- 2 biji bawang (dihiris nipis)
- Cili boh
- Garam
- Gula
Mari lihat cara untuk membuatnya:
2. Pastikan anda menggunakan api kecil sederhana dan sentiasa mengacau kacang supaya tidak hangit.
3. Selepas itu, keluarkan kacang daripada kuali dan kisarkan bersama air.
4. Kisarkan kacang mengikut kebesaran yang anda inginkan dan ketepikan seketika.
5. Di kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bawang yang telah dihiris.
6. Tumiskan bawang sehingga garing.
7. Kemudian, masukkan cili boh ke dalam tumisan dan sambung menumis sehingga cili pecah minyak.
8. Selepas cili telah pecah minyak, masukkan kacang yang telah dikisar sebentar tadi.
9. Tambahkan air mengikut citarasa kepekatan masing-masing.
10. Gaulkan semuanya sehingga kacang betul-betul masak (anda boleh cuba dan rasa sendiri).
11. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula sehingga cukup rasa.
Apabila kuah kacang anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan bersama roti atau nasi impit pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!
Sumber resepi: Hanie Rosly.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!