"1 Malaysia Kena Scam" - Doktor Ini Didakwa Guna Akaun Palsu Untuk Raih Simpati Ramai
Difahamkan, akaun palsu 'doktor' itu dan posting asal yang dimuat naiknya di Facebook telah dipadamkan.
Tular baru-baru ini, mengenai satu posting di Facebook dimuat naik oleh seorang individu menggelarkan dirinya seorang doktor yang telah berjaya meraih simpati ramai
Menerusi posting yang dimuat naik oleh individu itu, dia mendakwa baru 'kehilangan' anaknya yang menemui ajal dan turut menceritakan semula kisah hiba arwah isterinya.
Susulan daripada itu, kisah sedih yang dikarangkan dalam bentuk posting di Facebooknya telah berjaya meraih simpati ramai sehingga mendapat puluhan ribuan likes, shares dan comments rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, terdapat sengelintir netizen yang tampil mendedahkan akaun Facebook itu sebenarnya palsu dan kisah yang diceritakannya semua itu adalah rekaan semata-mata.
Image via Martina F John (Facebook)
Image via Martina F John (Facebook)
Semua gambar yang digunakan oleh 'doktor' itu dipercayai diambil daripada Google
Difahamkan lagi, menerusi posting yang dinaik oleh Syahr Musafir, dia mendedahkan kesemua gambar yang digunakan 'doktor' itu diambil daripada Google.
"Saya buka profilnya dan saya screenshot gambarnya. Terus cari di Google Lens.
"Gambar bernama Dr Iqbal Hamdi itu sebenarnya gambar Hengky Lim, warga Indonesia yang bekerja sebagai jururawat di Los Angeles.
"Saya terkejut.
"Terus screenshot cover photo pula. Ada gambar anak-anak yang diceritakan sebagai Melissa dan arwah Rayyan.
"Hasil carian Google Lens, itu adalah gambar kanak-kanak dari Pixabay dot Com.
"Kalau pun "Dr Iqbal Hamdi" itu benar dan wujud, nampaknya dia guna gambar palsu," ujarnya.
Image via Syahr Musafir (Facebook)
"Saya pun turut termenangis. Pulangkan airmatakuuu" - Netizen
Hasil carian di Facebook mengenai kisah 'Dr Iqbal Hamdi', rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan tertipu dengan kisah sedih dan cerita rekaan doktor palsu itu.
Ada yang juga berasa berang dengan taktik terbaharu 'scammer' itu yang dalam mencari mangsa di media sosial dengan melakukan posting kisah-kisah sedih.
Berikut antara komen menarik netizen di Facebook:
Image via Martina F John (Facebook)
Image via Martina F John (Facebook)
Image via Syahr Musafir (Facebook)
Image via Syahr Musafir (Facebook)
Admin harap semoga kita semua tidak terpedaya dan ditipu dengan kisah palsu lagi selepas ini :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment