"11 Tahun Perkahwinan Rupanya..." - Luluh Hati Isteri Baca Mesej Suami Langgan Pelacur
Siapa je tak sedih.
Isu curang bukanlah satu perkara yang baru dalam masyarakat kita
Sudah tentu, hal ini sangat sensitif sehingga boleh memecahbelahkan rumah tangga. Pasangan mana saja yang tidak sedih jika dapat tahu perkara tersebut bukan?
Pasti sedih dan kecewa rasanya menikam dalam diri. Sampai tertanya-tanya apakah salah kita sehingga dia sanggup melakukan perkara berkenaan.
Tular sebuah video memaparkan mesej perbualan antara suami wanita ini yang menlanggan servis pelacuran telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Terkejut lihat perbualan mesej suami di telefon
Menerusi video tersebut kelihatan wanita itu meluahkan rasa sedihnya selepas mendapat tahu perangai suaminya selama ini.
Dia menjumpai perbualan mesej di antara suaminya dengan wanita dipercayai mereka adalah servis langganan pelacur. Menurutnya, suaminya itu telah beberapa kantoi bersama dengan wanita lain sepanjang perkahwinan mereka.
"Suami yang dikahwini selama 11 tahun rupanya punya habit yang buruk. Saya just dah tawar hati tapi malam tadi anak suruh buka telefon ayah dia yang satu lagi untuk tengok YouTube tapi anak saya buka WhatsApp masa tu la tertengok siapalah perempuan-perempuan sexy ni. Sekali tengok ya Allah semuanya p*****r banyak kali dia pernah buat"
"Patutlah dia tak bagi saya ikut dia pindah ke KL sedangkan saya ni housewife je boleh je ikut suami pindah KL rupanya dia suka melanggan ya Allah 11 tahun baru saya tahu," tulisnya.
Image via TikTok
"Faham sis. Pernah lalui. Tuntut cerai tapi pastikan sis simpan bukti siap-siap" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 73.3K views, 1,411 likes dan 356 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok
Kesiannya, tak dapat bayang perasaan isteri dia :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment