Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

16 Tahun Penantian, Pasangan Menangis Gembira Akhirnya Dapat 'Hadiah Anniversary' Terindah

SubhanAllah. Hebat sungguh rancangan Allah SWT.

Cover image via @haznierozleen (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, rezeki zuriat bukanlah mudah untuk sesetengah pasangan dapatkan walaupun sudah mencuba pelbagai cara

Namun begitu, siapa saja yang tidak sedih apabila melihat orang lain yang baru berkahwin sudah diberi rezeki anak. Malah, ada yang 'bunting pelamin'.

Pasti pelbagai benda bermain di fikiran dan ada yang sampai membuat rawatan kesuburan dan berhabis ribuan ringgit untuk cuba mendapatkan zuriat.

Tetapi, jika Allah SWT tidak mengizinkannya, kita perlu tabah dan redha. Yang penting, teruskan berdoa dan usaha. Seperti sebuah kisah pasangan suami isteri ini yang sebak apabila perjuangan mereka selama 16 tahun akhirnya dikejutkan dengan berita gembira.

Image via @haznierozleen (TikTok)

Terdetik nak buat pregnancy test selepas haid datang lewat dan merasakan perubahan luar biasa pada badan

Menerusi video yang dikongsi oleh Haznie Rozleen, wanita itu menceritakan dari awal sejak dia mula merasakan tanda-tanda luar biasa pada badan sendiri. Dia nekad membeli beberapa jenis pregnancy test di farmasi walaupun sudah fobia dengan harapan palsu.

Apa yang membuatkannya menangis adalah apabila dia mendapati dua garis terlihat jelas sebaik saja dia membuat ujian kehamilan yang pertama. 

"Masa line pertama appear ok, saya sabar lagi. Bila tiba-tiba line kedua mula appear, saya dah tak keruan. Yang keluar dekat bibir masa tu hanya nama Mu Ya Allah Ya Tuhanku!

"Lepastu cakap kat adik saya tak yakin, risau kalau test kit tu rosak. Ok try lagi test yang lain. Walaupun adik time tu dah yakin 100% kakak dia pregnant, ok sabar. Dalam hati macam nak pecah dah degupannya.

"Test lagi sekali. Subhanallah, Allahuakbar! No words to say, hanya air mata saja yang gugur. Pertama kalinya dalam 16 tahun usia perkahwinanku test kit naik double line," katanya.

Image via @haznierozleen (TikTok)

Image via @haznierozleen (TikTok)

Lihat video penuh di bawah:

MashaAllah, admin pun sebak tengok video tu. Semoga ibu dan baby diberi kesihatan yang baik serta dipermudah urusan. Tahniah sekali lagi! <3

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment