Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

28 Kawasan Di Shah Alam, Klang & Petaling Alami Gangguan Bekalan Air

Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terjejas.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 28 kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Petaling difahamkan mengalami ganggu bekalan air sejak awal pagi tadi

Perkara tersebut disebabkan kerja kecemasan pembaikan paip yang pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22.

Menurut sumber, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan gangguan itu bermula pada jam 6 petang sehingga 4 pagi tadi.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan siap dan sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 6 pagi, pada Selasa. Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya.

Berikut merupakan antara kawasan yang dijangka mengalami masalah gangguan bekalan air tidak berjadual:

  • Bandar Putra Height, Seksyen 28
  • Kampung Bukit Lanchong, Seksyen 32 (Bukit Naga, Bukit Rimau, Jalan Bukit Rimau, Taman Desa Kemuning)
  • Pinggiran Subang USJ 3: Seksyen 22 (Kampung Kebun Bunga), Seksyen 25 (Axis, Lembayung), Seksyen 33, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 34
  • Taman Sentosa
  • Taman Subang Mas
  • Taman Pinggiran USJ (Pinggiran USJ 1 & 2)
  • Taman Pinggiran USJ (Pinggiran USJ 3)
  • Taman Perindustrian UEP -TP 7; USJ 3A; USJ 3B; USJ 3C; USJ 3D; USJ Height

Lori tangki air akan digerakkan Air Selangor ke kawasan yang terjejas. Keutamaan akan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment