28 Pelajar Alami Keracunan Makanan Lepas Makan Ayam Tandoori Di Kantin Sekolah
Difahamkan, siasatan masih dilakukan dengan mengesan sampel makanan itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seramai 28 orang pelajar Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Georgetown dilaporkan mengalami keracunan makanan
Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku selepas pelajar makan hidangan ayam tandoori yang dimasak di dapur kantin sekolah terbabit, pada Jumaat lalu.
Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, bagaimanapun kesemua pelajar berkenaan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Image via Arun Spices
"Seramai 28 pelajar yang terbabit, kesemuanya sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam dan hanya satu dirujuk ke klinik kesihatan.
"Siasatan masih dilakukan dengan mengesan sampel makanan itu," katanya.
Difahamkan, dapur sekolah berkenaan sudah disita mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment