5 Alat Untuk 'Pertahankan Diri' Yang Wanita Wajib Miliki Ketika Seorang Diri
Zaman sekarang memang kena ada semua ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak kebelakangan ini, banyak kes jenayah yang berlaku dalam negara kita terutamanya kepada golongan wanita
Tidak dinafikan, memang bahaya jika berjalan seorang diri. Namun, kadangkala ada situasi yang tidak dapat dielak membuatkan seseorang perlu berdikari tanpa ditemani rakan atau pasangan.
Jenayah boleh berlaku di mana-mana saja, oleh itu setiap wanita disarankan memiliki senjata sebagai alat pertahankan diri.
Kali ini, kami akan kongsikan antara alat yang anda boleh bawa bersama jika berjalan seorang diri di luar sana.
1. Pepper spray
Image via Freepik
Pepper spray ialah alat senjata yang bagus untuk melindungi diri dari serangan orang jahat. Alat ini sering digunakan oleh para wanita yang banyak membuat aktiviti di luar rumah.
2. Stun gun
Image via iStock
Sesuai dengan namanya, stun gun menggunakan elektrik bertenaga rendah, tetapi cukup kuat untuk melawan orang jahat yang ingin mendekati kita. Ia mempunyai pelbagai bentuk seperti pistol, smartphone dan lain-lain.
3. Personal alarm
Image via Castle Security
Ramai wanita yang tidak mempunyai kekuatan untuk menjerit meminta tolong apabila diserang penjenayah. Oleh itu, personal alarm ini dapat membantu untuk memberitahu orang di sekeliling bahawa anda sedang berada dalam bahaya. Saiznya pun kecil, jadi senang untuk simpan di dalam beg dan boleh bawa ke mana saja.
4. Baton stick
Image via Global Sources
Baton stick boleh menjadi alat pertahanan diri yang tepat untuk anda yang tidak memiliki kemampuan bela diri. Ia diperbuat daripada stainless steel dan anda hanya perlu memukul penjahat dengan sekuat hati.
5. Sikat rahsia
Image via Safe Babe Self Defense
Alat perlindungan diri ini boleh dikatakan paling selamat dan tidak menimbulkan kecurigaan orang sekitar. Bentuknya hampir sama dengan sikat biasa dan fungsinya juga boleh digunakan untuk menyikat rambut.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua wanita di luar sana dan dijauhkan daripada individu yang berniat jahat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment