Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

7 Tempat Percutian Luar Sempadan Malaysia Yang Boleh Anda Pergi Tanpa Naik Kapal Terbang

Dah boleh pilih tarikh siap-siap!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bercuti ke luar negara sememangnya pengalaman yang menyeronokan

Apatah lagi jika kita tidak pernah pergi ke luar negara, pasti timbul rasa teruja itu. Dapat melihat budaya dan banyak pengalaman baru di sana.

Namun, tidak dinafikan jika kita ingin ke luar negara rata-ratanya memerlukan kita untuk menaiki kapal terbang dan kosnya agak mahal.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya anda boleh sahaja melamcong ke luar negara tanpa perlu menaiki pesawat? Jom kami kongsikan kepada anda.

Berikut adalah lapan tempat menarik yang boleh anda lawati jika anda memulakan perjalanan dari Malaysia:

1. Bangkok, Thailand

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vietnam Stay

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh pergi ke Bangkok tanpa perlu menaiki pesawat. Anda boleh menggembara ke bandar Bangkok dengan menaiki sleeper train. Perjalanan kereta api ini mengambil masa selama 17 jam.

Anda perlu bertolak dari KL Sentral yang akan mengambil masa kira-kira lima hingga enam jam perjalanan, jika anda bertolak dari stesen Butterworth, ia mengambil masa kira-kira dua jam untuk tiba. Dari sana, naiki kereta api Thai Railways untuk ke ibu kota Bangkok.

Terdapat hanya satu kereta api setiap hari yang bertolak dari Padang Besar pada pukul 5 petang. Tiket boleh ditempah dari Thai Railway dan berharga 898 baht (kira-kira RM109).

2. Batam, Indonesia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Oke Zone Travel

Batam ialah sebuah pulau di Indonesia yang menawarkan pantai yang indah, pusat beli-belah bebas cukai, masakan yang lazat dan aktiviti menarik, menjadikannya tempat percutian yang sempurna untuk bersantai dan pengembaraan.

Laluan perjalanan dari Malaysia akan melalui Johor, bermula di Terminal Feri Berjaya Waterfront. Terdapat 14 perjalanan feri setiap hari ke dan dari Batam Centre, dengan tiket pergi dan balik berharga kira-kira RM234 (termasuk yuran pelabuhan). Anda boleh membeli tiket feri anda secara dalam talian di sini.

Dari Terminal Feri Berjaya Waterfront, anda juga boleh pergi ke Tanjung Pinang, ibu kota wilayah Kepulauan Riau yang sibuk di Indonesia. Terletak di Pulau Bintan, ia merupakan tempat yang terkenal dengan sejarah yang kaya, budaya yang pelbagai dan makanan laut yang lazat.

3. Dumai, Indonesia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Riauin

Rasai pengalaman ke Dumai dengan menaiki feri sambil melihat keindahan Selat Melaka. Anda boleh menaiki feri selama dua jam dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka atau Jeti Penumpang Port Dickson.

Terminal di Melaka menawarkan dua perjalanan sehari pada hujung minggu, manakala Port Dickson tidak mempunyai perkhidmatan feri ke Dumai pada hari Ahad. Walau bagaimanapun, perkhidmatan feri tidak tersedia setiap hari.

Perjalanan pergi dan balik dari Melaka menelan belanja kira-kira IDR1,000,000 (RM280), manakala jika berlepas dari Port Dickson berharga sekitar IDR1,200,000 (RM337).

Anda boleh membeli tiket dan menyemak jadual feri di sini. Pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi:

  • Jeti Penumpang Port Dickson: +6012-638 1969
  • Kompleks ICQS: +6017-648 1280

4. Hat Yai, Thailand

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Hat Yai sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia untuk pergi bercuti. Selain daripada 'syurga makanan', anda juga boleh menerokai sisi lain di sana seperti pembangunan dan tempat menarik.

Anda boleh pergi ke Hat Yai dengan menaiki kereta api yang mengambil masa selama 11 jam, dalam perjalanan anda boleh menikmati pemandangan luar bandar Malaysia dan bangun dengan melihat bandar yang meriah di Selatan Thailand.

KTM Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tren terhad yang dikendalikan oleh MySawasdee, berlepas dari KL Sentral dengan hentian di Tanjung Malim, Ipoh, dan Taiping, sebelum berhenti di Padang Besar. Di Padang Besar, anda akan melalui imigresen sebelum menaiki semula kereta api untuk sampai ke Hat Yai.

Tiket sehala biasanya berharga kira-kira RM95 hingga RM119.

5. Koh Lipe, Thailand

Gambar sekadar hiasan.

Image via Barcelo

Koh Lipe ialah pulau Thailand di Laut Andaman, terletak hanya 90 minit dari Langkawi. Dengan pantai yang bersih, air yang jernih dan terumbu karang, ia merupakan tempat yang popular untuk snorkeling, menyelam dan berjemur di bawah sinar matahari.

Hanya berjarak 42km, Terminal Telaga dan Jeti Kuah di Langkawi merupakan pelabuhan Malaysia yang paling dekat dengan Koh Lipe. Semasa musim tengkujuh, feri ini sering ditutup, jadi sentiasa perhatikan masa terbaik untuk melawat pulau-pulau berkenaan, biasanya dari Oktober hingga Mei .

Terdapat dua perjalanan feri setiap hari antara dua pulau dan perjalanan pergi balik berharga kira-kira RM300, bergantung kepada terminal. Anda boleh menempah tiket feri dari Feri Lipe, Terminal Telaga atau laman web Jeti Kuah.

6. Satun, Thailand

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Island Drum

Satun, ialah permata tersembunyi di selatan Thailand yang terkenal dengan keindahan semula jadi menakjubkan, dengan warisan budaya yang pelbagai dan suasana pulau tenang.

Anda boleh menaiki feri dari Jeti Kuah, Langkawi, memulakan perjalanan kira-kira 75 minit ke Jeti Tammalang, Satun. Langkawi Andaman Ferry Venture mengendalikan hanya satu perjalanan feri setiap hari, ia berlepas dari Langkawi pada pukul 9.30 pagi dan Satun pada 11.30 pagi, dengan jadual tertakluk kepada perubahan disebabkan air pasang. Tiket pergi balik berharga RM113. Tempah tiket anda di sini.

Sebagai alternatif, pemanduan dari Kuala Lumpur ke Satun akan mengambil masa kira-kira tujuh jam dan 15 minit.

7. Singapura

Image via Singapore Global Network

Anda boleh pergi bercuti ke negara jiran ini dengan menaiki kereta api selama enam jam. Naik tren ETS dari KL Sentral ke Gemas. Dari sana, beralih ke kereta api JB Sentral, dan kemudian naik kereta api ulang-alik JB Sentral ke Woodlands.

Anda boleh menempah tiket di laman web KTMB.

Lepas ni bolehlah cut cost sikit nak pergi bercuti :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment