"9/10" - Datang Balik Beli, Pelancong Australia Ini Tak Nafi Kesedapan Burger Tepi Jalan
Memang sedap!
Burger tepi jalan sememangnya merupakan makanan kegemaran ramai
Iyalah mana tidaknya, dengan harga yang murah dan sedap tentu dapat puaskan hati kita berbanding beli di restoran makanan segera betul tak?
Jadi, tak hairanlah sehingga ada pelancong luar negara pun suka dengan keenakan burger tepi jalan di Malaysia.
Sama seperti seorang pelancong dari Australia ini yang memuji keenakan burger yang dibelinya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Sanggup duduk di kaki lima nak terus makan burger
Dalam video di TikTok @nictravelstt, dia mendokumentasikan pengalamannya mengunjungi gerai burger Ramly.
Ketika dia menghampiri gerai itu, pemilik gerai itu dengan gembira menyambut Nic dan berkata bahawa dia masih ingat dia.
Nic kemudiannya membuat pesanan untuk burger Ramly daging lembu, dan pemilik gerai yang dikenali sebagai Abang Boo’bo menyediakan pesanan sambil tersenyum ke kamera Nic dan membuat isyarat lucu.
Dapat dilihat pelancong berkenaan makan sambil duduk di kaki lima dengan gaya Malaysia yang sebenar! Dia kemudiannya memberi rating burger itu 9 daripada 10.
Image via @nictravelstt (TikTok)
"The burger is good if you see that kind of wrapper" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menyokong kesedapan burger tepi jalan itu.
Malah, ada yang menyuruh untuk dia memesan menu lain pula jika berkunjung kembali ke situ.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 389.5K views, 41.3K likes dan 275 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @nictravelstt (TikTok)
Image via @nictravelstt (TikTok)
Image via @nictravelstt (TikTok)
Image via @nictravelstt (TikTok)
Image via @nictravelstt (TikTok)
Image via @nictravelstt (TikTok)
Nanti mesti dia datang lagi tu pesan menu lain pula :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment