Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Aaron-Wooi Yik Berjaya Hadiahkan Pingat Pertama Olimpik Paris 2024 Buat Rakyat Malaysia

Tahniah dan syabas Aaron-Wooi Yik!

Cover image via REUTERS

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi di Tokyo apabila merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 sekali gus menghadiahkan pingat pertama negara pada edisi kali ini

Menerusi laporan Berita Harian, kejayaan itu dilakar gandingan negara selepas menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik melebarkan rekod kepada lapan kemenangan ke atas gandingan Denmark itu dalam 12 pertemuan secara keseluruhan.

Image via REUTERS

Set pertama menyaksikan pasangan Denmark itu mendahului 11-8 dan selepas interval, pasangan negara cuba mengejar dan berjaya mengejar sehingga 16-18 sebelum Astrup-Rasmussen menoktahkan set pertama dengan keputusan 21-16 dalam tempoh 21 minit.

Set kedua berlangsung rancak dengan kedua-dua pasangan saling bertukar mata dan pasangan negara akhirnya mendahului 11-9 menuju ke interval namun Astrup-Rasmussen berjaya menghambat pasangan negara untuk menyamakan kedudukan kepada 13-13.

Situasi itu tampaknya memberi tekanan kepada Aaron-Wooi Yik dan Astrup-Rasmussen berjaya mendahului 18-15 sebelum pasangan negara yang ketinggalan 16-20 memperagakan kebangkitan menakjubkan untuk memenangi set kedua dengan 22-20.

Image via REUTERS

Set ketiga berlangsung dengan sengit khususnya di penghujung permainan apabila pasangan negara membenarkan gandingan Denmark itu mengejar sehingga 19-19 namun Aaron-Wooi Yik kekal tenang untuk meraih pingat gangsa dengan keputusan 21-19.

Terdahulu, kedua-dua gandingan itu gagal melayakkan diri ke final selepas kecundang di tangan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir di mana Aaron-Wooi Yik tumbang di tangan gandingan nombor satu dunia, Liang Weikeng-Wang Chang 19-21, 21-15, 17-21.

Astrup-Rasmussen pula tewas di tangan juara bertahan dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin 21-18, 17-21, 10-21.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik memenangi pingat gangsa di Tokyo 2020 selepas menewaskan gandingan berpengalaman Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment