seismik

MOM Perkenal Pakaian Baharu Olimpik Atlet Negara Dengan Belang Harimau 'Lebih Garang'

Macam inilah baru cantik!

Cover image via Olympic Council of Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rekaan baharu pakaian rasmi kontinjen negara ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kini tampil corak belang harimau 'lebih garang'

Menurut Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Norza Zakaria, perubahan tersebut dilakukan susulan maklum balas terhadap reka bentuk dan motif sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah.

Jelasnya lagi, corak baharu yang dipilih berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang harimau berwarna kuning lebih jelas dan besar pada sebelah depan dan belakang jaket.

"Rekaan kali ini turut menonjolkan logo MOM dengan Jalur Gemilang dalam warna asli, berbanding logo berwarna emas pada corak terdahulu," katanya dalam satu kenyataan media di Facebook.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Norza Zakaria

Image via Malay Mail

MOM merasakan reka corak baharu ini melambangkan semangat harimau yang sudah menjadi identiti kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Sukan SEA Manila pada 2005.

"Menjadi harapan MOM mewakili pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) agar semangat harimau menjadi inspirasi untuk 26 atlet negara ‘mengaum’ di kota Paris nanti," ujarnya.

Tambah Norza, corak dan motif lebih terang itu diharapkan bukan sahaja menonjolkan identiti dan keseragaman kontinjen, malah lebih penting melambangkan keperkasaan, ketangkasan dan keberanian atlet berjuang atas nama negara.

Bagi rekaan kemeja-T berkolar berwarna emas untuk corak dan motif sama akan dikekalkan

Rekaan kali ini turut menonjolkan logo MOM dengan Jalur Gemilang dalam warna asli.

Image via Olympic Council of Malaysia (Facebook)

Lakaran logo MOM dengan warna Jalur Gemilang juga akan ditukar sebagai tanda menghormati bendera negara.

Beliau turut memaklumkan, penaja pakaian rasmi kontinjen, Yonex Sunrise Malaysia telah memberi keizinan khas kepada badan induk itu untuk mencetak dan mengeluarkan jaket dengan fabrik daripada pengilang berbeza.

“Disebabkan faktor masa, MOM mendapat kebenaran daripada pihak penaja Yonex Sunrise Malaysia agar logo Yonex atau YY tidak dipaparkan pada kedua-dua jaket dan kemeja-T.

“Ini kerana proses untuk Yonex Sunrise Malaysia mencetak dan menyediakan pakaian rasmi ini memerlukan proses perjanjian dengan pengilang,” katanya.

Norza turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Yonex yang sudah 10 tahun menjadi penaja pakaian rasmi kontinjen negara terutamanya atas kesediaan mereka membenarkan pakaian rasmi baharu dihasilkan menggunakan fabrik dan reka corak berbeza.

Beliau turut berharap agar seluruh rakyat Malaysia menghulurkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kontinjen Malaysia di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: