seismik

redONE Mobile Tawar Ganjaran RM1 Juta Untuk Atlet Malaysia Bawa Pulang Emas Olimpik 2024

Difahamkan, pembayaran berjumlah RM1 juta itu akan diagihkan secara ansuran bulanan dalam tempoh 10 tahun.

Cover image via redONE (Facebook) & Reuters via Sky News

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Atlet Malaysia yang bakal bertanding dalam Sukan Olimpik 2024 bakal dijanjikan ganjaran bernilai RM1 juta daripada redONE Mobile sekiranya berjaya membawa pulang pingat emas sulung buat negara

Ganjaran tersebut membuktikan komitmen tinggi Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Asia Tenggara itu dalam menyokong perkembangan sukan tanah air.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak redONE mendedahkan bahawa pembayaran berjumlah RM1 juta itu akan diagihkan secara ansuran bulanan dalam tempoh 10 tahun.

Kaedah itu digunakan dalam usaha bagi memastikan sokongan jangka panjang untuk atlet yang meraih pingat emas. Manakala bagi acara berpasukan pula, hadiah akan dikongsi sesama atlet.

Di samping itu, pemenang pingat emas kejohanan berprestij itu juga akan menjadi duta kepada redONE Mobile selama empat tahun. Lebih tepat lagi sehingga berlangsungnya Sukan Olimpik edisi 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pingat emas Olimpik Paris 2024 bakal menjadi rebutan atlet seluruh dunia mulai 26 Julai ini.

Image via Reuters via Sky News

Bukti komitmen redONE Mobile untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang dalam sukan di peringkat kebangsaan

“Sebagai sebuah syarikat yang berakar umbi dalam memperjuangkan pembangunan sukan di Malaysia, kami melihat sumbangan RM1 juta ini sebagai satu cara untuk bukan sahaja memberi penghormatan kepada atlet kami yang luar biasa tetapi juga mempamerkan sokongan tidak berbelah bahagi kami terhadap semangat kesukanan dan kebanggaan negara.

“Kami percaya kepada kuasa sukan untuk mencetuskan perpaduan dan kami komited untuk memacu atlet kami ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) redOne Mobile, Ameen Amaendran.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) redOne Mobile, Ameen Amaendran

Image via redONE (Facebook)

“Matlamat kami bukan sahaja untuk meraikan pencapaian atlet semasa tetapi juga membuka jalan kepada mereka yang akan datang mencapai potensi penuh mereka.

“Saya menggesa pertubuhan badan korporat lain untuk bersama-sama menyokong dan menaikkan semangat atlet kita untuk secara kolektif memberi inspirasi kepada generasi baharu dan membawa kegemilangan kepada Malaysia di pentas global,” tambah beliau lagi.

Untuk rekod, temasya sukan Olimpik 2024 yang bakal berlangsung di Paris bermula 26 Julai ini menyaksikan seramai 26 atlet negara layak bertanding dalam pelbagai acara.

Dalam pada itu, redONE Mobile telah menyokong sukan Malaysia secara aktif melalui pelbagai inisiatif termasuk kerjasama sebelum ini dengan kelab bola sepak tempatan iaitu Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC, dan pada masa ini, PDRM FC dan Imigresen FC serta penajaan kejohanan sukan seperti Lawan Pedang Kuala Lumpur, Skuasy Selangor dan Kejohanan Badminton Purple League.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: