Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Ada Bubble Bomb Surprise" - Pengalaman Staycation Di Hotel Ini Memang Best & Wajib Cuba!

Siap ada dengan set Wunderbath sekali untuk 'Bathcation'.

Cover image via Klook

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Percutian atau staycation dengan rakan-rakan atau keluarga sudah pasti dapat menghilangkan rasa stres seketika

Suasana yang meriah dan riuh itu memang akan dijadikan kenangan dan memori terindah. Bukan setakat itu, hubungan antara satu sama lain juga dapat dieratkan lagi dengan pelbagai aktiviti dilakukan.

Tambahan lagi, ketika ini kerajaan telah pun membenarkan rakyat Malaysia untuk merentas daerah atau negeri. Sudah semestinya, ramai yang mengambil peluang ini untuk bercuti.

Sudah tentu ramai yang sedang mencari tempat tinggal seperti hotel untuk ditempah dijadikan staycation dengan rakan-rakan atau bersama keluarga bukan?

Kalau anda nak tahu, baru-baru ini team kami diberi peluang menjadi salah seorang yang terawal untuk merasai sendiri pakej terbaru daripada Klook

Image via InterContinental Kuala Lumpur

Untuk anda yang masih belum tahu, Klook telah melancarkan satu pakej eksklusif menarik iaitu 'Bathcation' dengan InterContinental Kuala Lumpur Hotel iaitu sebuah hotel 5 bintang yang terletak di tengah-tengah ibu kota bandar raya.

Pakej 'Bathcation' ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman staycation dengan menggabungkan pakej hotel biasa dengan pakej mandian yang didatangkan khas daripada Wunderbath yang disesuaikan untuk pasangan dan keluarga.

Image via Klook

Dengan pakej ini, anda akan mendapat potongan harga sehingga 50% dari nilai sebenar. Terdapat 2 pakej khas yang ditawarkan oleh Klook ini, antaranya:

Untuk Bae - Dari RM443, nikmati penginapan 2H1M di Bilik Deluxe yang sesuai untuk dua orang. Pakej ini termasuk Wunderbath’s Date Night Set yang merangkumi - A Love letter bathbomb, habuk mandian gelembung tidur Beary & sabun sejambak tangkai Rose.

Untuk Keluarga - Dari RM778, berehat dalam penginapan 2H1M di Bilik Deluxe Family Connecting 2 Bilik Tidur yang selesa memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Pakej ini disertakan dengan Wunderbath’s Kids Play Time Set yang merangkumi - A Paint-a-bear bath bomb, habuk mandian gelembung tidur Beary dan a Monkey mini bath bomb.

Selain itu, kedua-dua pakej ini didatangkan dengan bufet sarapan pagi dan minum petang untuk dua dan empat orang.

Berbaloi bukan?

Sebelum itu, tengok dulu 'sneak-peak' bilik jenis berkembar/connecting room yang disediakan untuk team kami!

Yang paling best siap ada dengan set Wunderbath sekali untuk 'Bathcation' penginapan anda

Image via Klook

Image via Klook

Image via Klook

Antara kemudahan dan fasiliti yang terdapat di InterContinental Kuala Lumpur Hotel untuk anda yang menginap di sini

Selain menginap di hotel ini, anda juga boleh melawat tempat-tempat menarik dan mencuba pelbagai aktiviti di sekitar bandar raya Kuala Lumpur

Antaranya melihat hidupan marin di Aquaria KLCC, terokai dunia sains di Petrosains KLCC, melihat pemandangan ibu kota bandar raya dari puncak Menara Kuala Lumpur, menghirup udara segar dan bermesra dengan burung di KL Bird Park serta pelbagai lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan.

Kalau tak nak beratur panjang, anda boleh saja tempah tiket awal siap-siap atau terus beli saja di laman web Klook. Terdapat beberapa destinasi dan tempat menarik yang ditawarkan oleh mereka pada harga yang sangat berbaloi.

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Image via SAYS Seismik/Akmal Redzwan

Haa.. jadi anda tunggu apa lagi? Tempah percutian anda sekarang dan rancang staycation bersama pasangan atau keluarga anda yang tersayang.

Promosi pakej eksklusif daripada Klook ini hanya sah sehingga 25 November 2021 ini tau, cepat grab sebelum terlambat. Ketahui info lebih lanjut di sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment