Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Aerotrain Akan Beroperasi Semula Di KLIA Mulai 31 Januari 2025, Kini Dalam Fasa Pemasangan

Difahamkan, MAHB akan menerima tiga set Aerotrain.

Cover image via Sinar Harian Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada 31 Januari 2025

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dua set Aerotrain telah tiba dan sedang dalam fasa pemasangan sebelum seterusnya kepada fasa pemeriksaan.

"Fasa ini sudah tentu mengambil masa kira-kira empat bulan dan jika semuanya berjalan lancar, kita dijangka mula beroperasi pada 31 Januari tahun depan," katanya.

Image via Sinar Harian

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan terima tiga set Aerotrain dan setiap set mempunyai tiga koc yang boleh menampung kapasiti seramai 270 penumpang

Image via Sinar Harian

"Set yang ketiga akan tiba pada Oktober dan dijadikan tren simpanan," katanya.

Anthony berkata, MAHB perlu melaksanakan pemantauan rapi dan memastikan semua proses serta ujian dijalankan dengan baik supaya tidak ada lagi isu kelewatan.

"Tahun depan adalah tahun utama untuk negara kerana akan mempengerusikan ASEAN dan mesyuarat antarabangsa, dan tentunya kita mengharapkan Aerotrain ini bersedia," katanya lagi.

Menurutnya, perkhidmatan bas pengantara yang sebelum ini digunakan untuk menggantikan Aerotrain akan diteruskan sebagai opsyen kepada penumpang berikutan pergerakan besar penumpang pada masa ini.

Pada Mac 2022, MAHB mengumumkan telah menganugerahkan Projek Penggantian Aerotrain KLIA, yang mempunyai garis masa untuk disiapkan selama tiga tahun.

Bagaimanapun, projek berkenaan mengalami kelewatan dan disusuli dengan penganugerahan projek baharu pada Januari 2024 kepada konsortium merangkumi Alstom, pengeluar peralatan asal Aerotrain dan JMC-Pestech JV untuk mengemudi projek itu agar kembali kembali ke landasan asal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment