Aina Abdul Kongsi Detik Ayah Meninggal Dunia, Tetap Teman Walaupun Sedang Bertarung Nyawa
Allahu sedih dengar cerita Aina ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa saja yang tidak mengenali dengan penyanyi dan komposer terkenal, Aina Abdul bukan?
Baru-baru ini, SEISMIK telah membawa dua bintang terkenal iaitu Aina Abdul dan Ernie Zakri untuk duduk bersama bercerita mengenai liku-liku kehidupan sepanjang bergelar anak seni secara eksklusif dalam segmen Seismik Podcast
Aina Abdul yang bakal berentap di Anugerah Juara Lagu 38 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu ada berkongsi detik pahit di dalam kehidupannya sebelum bergelar penyanyi.
Image via @saysseismik (Instagram)
Tak tahu ayah tengah tahan sakit jantung
Menerusi video tersebut, Aina berkongsi semasa itu dia sedang berada di dalam sebuah pertandingan nyanyian yang ditemani oleh ibu dan ayahnya.
Menurutnya, ia adalah penentuan untuk melayakkan mereka ke final. Namun, disebalik debaran tersebut dia tidak tahu bahawa ayahnya sedang menahan sakit yang tidak dapat dibayangkan.
Kata Aina, ayahnya memang mempunyai penyakit kencing manis membuatkan dia tidak mempunyai sebelah kaki.
"Pertandingan itu outdoor session punya, so dia park kereta dia daripada beberapa khemah pertandingan nyanyian itu dan tunggu dalam kereta.
"Lepastu tiba-tiba mak saya suruh saya turun dari pentas waktu tengah tunggu result tu. Mak saya beritahu masa itu abah tengah sakit macam menggigil.
"Itu momen yang saya tak boleh lupakan sebabnya even disaat macam itu dia masih menemani saya untuk pertandingan itu. Malangnya, saya kehilangan beliau malam itu juga," ujar Aina.
Umur masih muda dan tidak faham rasa kehilangan
Tambah Aina, waktu itu dia baru saja berumur 15 tahun (form 3). Jadi, dia tidak pernah merasa bagaimana kehilangan sebenar dalam hidupnya.
Pada awalnya, dia masih tidak merasakan bahawa bapanya tiada. Tetapi, selepas beberapa hari barulah dia sedar bahawa perkara itu benar-benar terjadi dan cuba untuk menerimanya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Memang perit rasa kehilangan insan penting dalam hidup kita :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment