seismik

Menteri Beri Amaran Kepada Semua Majikan Jangan Potong Gaji Pekerja Sesuka Hati

Ingatlah wahai majikan semua.

Cover image via Liputan 6 (Gambar sekadar hiasan) & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, memberi amaran kepada semua majikan supaya tidak sewenang-wenangnya memotong gaji

Menurutnya, gaji pekerja tidak boleh dipotong kecuali potongan dibenarkan dalam Akta Kerja 1955.

Beliau berkata kepada sumber, Seksyen 24 Akta Kerja 1955 sudah menetapkan bahawa tiada potongan boleh dibuat majikan daripada gaji seorang pekerja selain daripada yang terkandung dalam akta berkenaan.

"Saya sudah tegaskan bahawa majikan tidak boleh memotong gaji seorang pekerja mengikut Seksyen 24 Akta Kerja kecuali potongan yang dibenarkan seperti caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan cukai pendapatan.

"Jadi selain daripada itu, majikan tidak boleh potong gaji tak kira kedai apa, syarikat besar atau kecil, anda tidak boleh potong gaji kecuali dibenarkan menerusi Akta Kerja.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Ulas isu majikan memotong gaji mereka hanya kerana mengambil cuti sakit

Beliau juga ada mengulas mengenai tindakan rangkaian restoran popular di negara ini yang mengenakan denda kepada pekerja termasuk memotong gaji mereka hanya kerana mengambil cuti sakit, pergi ke tandas dan meminum air ketika bertugas.

Katanya, pekerja yang berdepan diskriminasi itu dinasihatkan membuat laporan rasmi kepada Jabatan Tenaga Kerja supaya tindakan dapat diambil.

Namun, jika benarlah pekerja terbabit berdepan isu disiplin, ia seharusnya ditangani secara dalaman mengikut tatacara yang dibenarkan.

"Anda tidak boleh potong gaji hanya kerana disebabkan tindakan disiplin kerana tindakan disiplin mesti melalui proses inkuiri dalaman sesebuah syarikat.

"Jadi saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat pelanggaran Akta Kerja, sila tampil buat laporan rasmi," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via HR Hub

Nak potong gaji pun kena betul-betul sebab yang munasabah ya, kalau tak korang boleh je report ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: