KTMB Tawar Tambang Serendah RM5 Sehala Tren Dari Tebrau Ke Singapura Mulai 1 Ogos
Senanglah lepas ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula 1 Ogos ini, warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan tren shuttle Tebrau bakal menikmati tambang RM5 sehala dari JB Sentral ke Woodlands, Singapura
Perkara itu dikongsikan di laman Facebook KTMB yang memaklumkan ketika ini kadar tambang dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5 manakala bagi perjalanan sehala dari Woodlands ke Johor Bahru adalah SGD5.
Untuk menikmati keistimewaan ini, KTMB memberitahu warganegara Malaysia perlu mendaftar akaun di aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan membuat pengesahan kad pengenalan terlebih dahulu di kiosk tiket (TVM) atau kaunter tiket di seluruh rangkaian KTMB.
KTMB juga akan membuka kaunter tambahan di JB Sentral bagi memastikan kelancaran pengesahan kad pengenalan yang dilaksanakan dari 19 Februari hingga 1 Mac.
Pengguna juga dinasihatkan mendaftar akaun KITS dan mod pembayaran tiket boleh dilakukan melalui KTM Wallet, E-wallet Touch & Go, E-wallet Boost, kad debit serta kad kredit.
Untuk sebarang maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-22671200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!