seismik

[VIDEO] Ibu Aliff Syukri Dipuji Sebab Jujur Kongsi Ada ‘Keburukan’ Produk Yang Dijualnya

Baguslah, produk itu untuk membantu saja.

Cover image via @puan.zai (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda mengenal usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pasti anda juga kenal pada bondanya iaitu Bonda Rozita bukan?

Kedua-dua nama ini tidak asing lagi dalam industri perniagaan dan telah banyak mencapai kejayaan dalam penjualan produk mereka.

Namun, bukanlah semua produk itu baik dan dapat membantu masalah kita 100% betul tak? Itu semua memerlukan usaha dan tawakal.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan Bonda Rozita memberitahu tentang keburukan pada sebuah produknya.

Jujur beritahu ada kekurangan pada produknya

Menerusi video tersebut, seorang individu berkongsi sebuah klip video kektika Bonda Rozita sedang menerangkan mengenai sebuah produknya.

Difahamkan, ia adalah produk untuk para wanita. Kata beliau produk tersebut sememangnya berkesan namun terdapat kekurangan padanya.

"Belilah produk saya Royal V tetapi berhati-hatilah, kenapa di sebalik kelebihan produk ini terdapat kekurangan.

"Kenapa kekurangan, pertama sekali produk ini memang sangat berkesan termasuk kurma dhuha. Tetapi keburukan dia, dia punya nafsu tinggi Masya-Allah. Kurangkan dos, jangan taksub sangat makan produk saya," katanya.

"Part nafsu tu betul ya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas mendengarnya. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka mencuba produk tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5M views, 50.2K likes dan 752 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@puan.zai Untuk anak dara yang amalkan royal v. Dengar tau bonda pesan. masuk live boleh tanya sukatan yang sebaiknya. Jangan berlebihan tau #royalv #bondarozita #fyp original sound - zai - Jrm Holistik Zai

Eloklah dia jujur, at least kita tahu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: