seismik

[VIDEO] Lelaki Sibuk Membebel, Tapi Wajah & Suaranya Pula Disamakan Dengan AC Mizal

Memang ada iras lah bang.

Cover image via @faridalong (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Betul lah kata orang, dalam dunia ini pasti kita akan terjumpa wajah yang seiras dengan kita

Pasti kita akan rasa teruja bila jumpa mereka yang seiras kita ini betul tak? Bukan saja wajah seiras, tapi gaya pun lebih kurang. 

Seperti video di TikTok ini yang memaparkan seorang lelaki disamakan wajah dengan selebriti AC Mizal telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki tersebut sedang berada di dalam kereta dan mula membebel mengenai pandangan orang ramai terhadap orang Negeri Sembilan.

Katanya, ada yang mempersoalkan selera orang Negeri Sembilan yang suka makan masak lemak.

"Kau ingat orang Negeri Sembilan ni tak ada tekak? Kau ingat orang Negeri Sembilan ni 24 jam makan gulai lemak cili api ni.

"Kalau alasan lain tu boleh den terima, tapi kalau khabarkan kau tak nak kahwin dengan orang Negeri Sembilan sebab makan gulai lemak cili api je tak mahu dennya makan gulai lemak cili api 24 jam, kuning tangan," katanya.

Malah, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah wajahnya dan suaranya yang tidak ubah seperti Dato AC Mizal.

"Sebiji lah macam suara AC" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut menyamakan rupa dan suaranya seperti selebriti berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 457.7K views, 30.4K likes dan 1,286 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Siapalah yang buat kembar Dato AC marah ni ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: