Individu Disahkan Meninggal Dunia Tapi Hidup Kembali Lepas 30 Minit Ini Cetus Tanda Tanya
Macam manalah rasa dia agaknya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang di dunia ini pasti akan merasai mati
Cuma kita tidak tahu bila dan di mana kita akan pergi. Sudah tentu, kehilangan insan tersayang pasti merasa perit.
Tapi kita haruslah menerima ketentuan-NYA. Siapalah kita mahu menidakkan takdir betul tak?
Namun, lain pula kejadian yang berlaku oleh seorang individu ini apabila dia 'hidup semula' selepas disahkan meninggal dunia.
Hidup kembali selepas 30 minit disahkan meninggal
Menerusi video tersebut, akaun TikTok @pusatperubatantra berkongsi situasi 'pelik' yang dihadapi oleh seorang individu.
Difahamkan, individu berkenaan dikhabarkan meninggal dunia oleh jururawat selepas menjalani sebuah pembedahan. Ia selepas jururawat tersebut melihat perkembangan dan tiada tindak balas daripada individu tersebut.
Namun, selepas 30 minit seorang doktor datang untuk mengesahkan kematiannya itu tetapi dia tiba-tiba memberikan tindak balas yang mengejutkan semua orang kerana 'hidup semula'.
"Bayangkan kalau dah siap kebumi dia hidup balik nak kira macam mana tu" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka. Ada juga yang mengatakan ia adalah 'mati suri'.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 74.1K likes dan 798 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!