seismik

Tular Bersihkan Anak Tahanan, Akak Polis Raih Pujian Ramai - "Walaupun Bukan Anak Sendiri"

Salute akak ini!

Cover image via Friends Of PDRM (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, tugas polis sudah semestinya mengawal keselamatan dan ketenteraman awam

Tanpa mereka, pasti lebih banyak jenayah yang bakal berlaku. Sudah tentu, jika didapati bersalah, pesalah akan menerima hukuman dan dimasukkan ke dalam penjara.

Namun, jika ibu atau bapanya yang masuk penjara, kebajikan anak-anak perlulah dijaga oleh ahli keluarga yang lain betul tak?

Tular baru-baru ini sebuah posting memaparkan seorang anggota polis wanita tetap ambil peduli dan menjaga seorang anak tahanan wanita.

Jadi kesian melihat keadaan kanak-kanak tak terurus berkenaan

Ia mula tular apabila sebuah perkongsian gambar di satu kumpulan Facebook, memaparkan satu keping gambar polis wanita menjaga anak tahanan dipercayai terbabit kes jenayah komersial.

Di dalam gambar berkenaan kelihatan anggota polis itu dilihat berada di hadapan paip air bersama seorang kanak-kanak lelaki tidak berbaju dan berseluar kuning.

Semasa kejadian itu berlaku, kanak-kanak terbabit dibawa oleh seorang lelaki setelah ibunya ditahan di Cheras atas kesalahan jenayah komersial dan dibawa ke Penjara Bentong.

"Saya sedang bertugas ketika itu dan lelaki terbabit memberitahu dia kenalan ibu kanak-kanak tersebut yang diserahkan kepadanya dan datang ke balai kerana ingin menyerahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Keadaan kanak-kanak ketika itu sangat tidak terurus dan dipercayai mengalami masalah autisme selain tidak boleh bertutur.

"Saya kesian bila lihat keadaannya tidak terurus,
" katanya kepada sumber.

"Jangan berhenti untuk membuat kebaikan. Terbaik" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memuji tindakan anggota polis berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah meraih 3.8K likes, 266 comments dan 69 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook.

Lihat posting itu di bawah:

Baik sungguh hati akak polis ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: