Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Aina Mariah 'VFX Queen Malaysia' Kini Tercalon Dalam Kategori Rising Star d Awards 2024

Dari YouTube kini 'terbang tinggi' ke percalonan anugerah berprestij.

Cover image via @ainamariah (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, Aina Mariah kini telah tercalon dalam kategori Rising Star di MDA d Awards 2024 yang dijangka bakal diadakan pada Mei tahun ini

Sebagai rekod, anugerah d Awards ini dianjurkan oleh Persatuan Digital Malaysia (MDA) bagi mengenal pasti dan menghargai bakat, agensi, jenama, penerbit serta pembekal perkhidmatan digital yang menerima serta menggunakan teknologi digital.

Untuk tahun ini, MDA turut mencalonkan Aina Mariah yang juga seorang editor video berbakat untuk SAYS SEISMIK dari REV Media Group dalam kategori Rising Star pada MDA d Awards 2024 yang akan datang!

Image via MDA d Awards 2024

Berasal Shah Alam, Selangor, Aina yang berusia 30 tahun ini telah meraih jutaan tontonan untuk video unik yang dihasilkannya.

Bekerja sebagai video editor sepenuh masa di SAYS Seismik, Aina telah mencipta keajaiban pelbagai video di sebalik tabir selama bertahun-tahun.

Menariknya lagi, Aina mula-mula mahir menggunakan video kesan visual khas (VFX) dengan hanya mempelajarinya sendiri melalui YouTube ketika Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2021.

Kecemerlangan kreatif dalam siri #AinaTricks di media sosial

Menerusi siri berkenaan, #AinaTricks telah menarik perhatian dunia digital dengan meraih lebih 40.7 juta tontonan merentasi platform dalam masa setahun sahaja!

Idea inovatif dan kemahiran bercerita Aina telah menarik perhatian penonton secara konsisten melalui video kesan visual (VFX) yang diciptanya sendiri.

Malah, kejayaan terkini yang berjaya diraihnya adalah menerusi siri #AinaTricks baru-baru ini, di mana dia menyertai cabaran video #AlamakRayaLagi.

Tidak sampai seminggu dimuat naik, video berkenaan kini telah meraih lebih 3.2 juta tontonan! Kreativiti dan keghairahan Aina terhadap kerjanya sememangnya tiada tandingan.

Tonton video berkenaan di bawah:

Anda juga boleh mengundi Aina untuk dia membawa pulang anugerah Rising Star di sini!

Image via SAYS Seismik

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik tentang Aina Mariah di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment