"Ainul, Awak Bayi Yang Kuat!" - Dr Amalina Kongsi Detik Cemas Buang Tumor Selama 5 Jam
Alhamdulillah.
Rakyat Malaysia bersorak gembira hari ini dengan berita kejayaan doktor pakar membuang tumor seberat 200g daripada mulut adik Ainul Mardhiah
Image via Ahmad Safiuddin / Facebook
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi 9 bulan yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor telah selamat menjalani pembedahan selama lima jam di sebuah hospital di London sebentar tadi.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan teruja di atas berita gembira ini, pada masa yang sama turut berbangga terhadap pencapaian doktor pakar dari Malaysia
Image via Harian Metro / Facebook
Dr Amalina Che Bakri menerusi Instagram turut menceritakan detik cemas adik Ainul Mardhiah menjalani pembedahan selama 5 jam
Image via Instagram @dramalinabakri
Menurutnya, risiko pembedahan bagi membuang tumor seberat 200g ini adalah sangat tinggi dan memerlukan perhatian yang amat terperinci.
Beliau juga menceritakan detik di mana beliau tidak dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan ibu bapa Ainul. Emosinya yang bercampur baur ketika itu mejadikannya lebih sukar namun tetap indah.
Baca perkongsian penuh Dr Amalina di bawah:
Setelah kira-kira 5 jam bertarung di teater, tumor (berat 200g) berjaya dikeluarkan. Anda takkan dapat bayangkan betapa cemasnya saya ketika di teater. Bayi ini sangat kecil, begitu halus, sangat cantik - "jangan bimbang bayi, semua orang ada di sini untuk membantu awak.
Ia merupakan operasi berisiko tinggi, jadi banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum operasi bagi memastikan bayi Ainul selamat. Banyak perancangan, banyak imbasan, banyak mesyuarat, dan banyak kesabaran. Pasukan itu termasuk pakar bedah dari pelbagai kepakaran (termasuk perancang craniofacial, plastik dan perunding kepala dan leher) yang diketuai oleh Prof David Dunway dan Encik Juling Ong.
Image via Ahmad Safiuddin / Facebook
Saya amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pembedahan. Ainul sedang dipantau selepas operasi dan dia stabil. Apabila saya keluar dari teater dan melihat ibu bapa Ainul, saya tidak dapat mengawal emosi saya. Ia adalah perasaan yang bercampur-campur, seperti satu perjalanan penuh emosi dan pengalaman yang menggembirakan pada masa yang sama.
Ainul, Wani dan Safi adalah seperti keluarga saya sendiri. Sama-sama doakan agar Ainul pulih. Terima kasih di atas doa anda semua.
Baca tulisan asal Dr Amalina Bakri di sini.
Dr Amalina turut rajin berkongsi ilmu kepada orang ramai melalui media sosial:
Leave a comment