Akibat Kahwin Terpaksa, Wanita Sedih Masih Tiada Cinta Pada Suami Walau Sudah Ada 7 Cucu
Kesian juga kalau dalam keadaan macam ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak kebelakangan ini, ramai yang dilihat memberi keutamaan kepada cinta dalam soal mencari pasangan hidup
Tidak dinafikan, ia tidaklah salah. Malah, memilih pasangan memang perlu kerana kita yang akan hidup bersamanya. Jika tiada rasa cinta, pasti susah.
Apatah lagi jika dijodohkan, agaknya bagaimana rasanya? Pasti ada yang pernah mengalami situasi seperti ini bukan? Pasti sukar bagi mereka.
Perkara itu sama seperti seorang wanita yang meluahkan perasaannya kerana masih tiada rasa cinta pada suami walaupun sudah lama bersama.
Terpaksa kahwin kerana dijodohkan orang tua
Menerusi video tersebut, wanita yang berasal daripada Indonesia itu menceritakan kisah hidupnya yang tidak dapat dibayangkan.
Dapat dilihat ketika itu sedang berlangsungnya soal jawab di sebuah rancangan televisyen dan wanita berkenaan mendedahkan bagaimana dia terpaksa bernikah dengan suaminya atas aturan dari keluarga.
Image via @officialmnctv (TikTok)
Sempat minta maaf di TV kerana layanan pada suami
Difahamkan, sebelum berkahwin dia ada menolak aturan tersebut, namun dia tetap mengalah dan memilih untuk mengahwini suaminya kerana tahap kesihatan ibunya yang tidak begitu bagus semasa itu.
Selepas berpuluh tahun bergelar isteri, dia tidak terbayang yang masa berlalu begitu pantas dan dia dilihat seperti pasangan normal. Tetapi, hakikatnya dia masih tidak mempunyai rasa cinta pada suaminya itu lagi walaupun mereka kini sudah mempunyai tujuh orang cucu.
Mendengar kisah itu, pendakwah tersebut kemudiannya menasihatkan agar wanita berkenaan banyakkan berdoa dan cuba untuk menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Malah, wanita itu juga sempat meluahkan rasa kesal pada suaminya di kaca TV dan meminta maaf padanya.
Lihat video itu di bawah:
Insya-Allah moga terbuka hati dia untuk menerima satu hari nanti :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment