seismik

Anak Luah Rasa Kesal Dengan Perangai Bapa, Minta Duit Dahulu Untuk Jadi Wali Nikah

Ada juga ya perangai macam ini.

Cover image via @meinmokhtar (X) , Trending Giler , Izdeen (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wali merupakan individu penting dalam suatu perkahwinan dan ia antara rukun nikah yang wajib dipenuhi

Jika bapa masih ada, merekalah yang akan menjadi wali kepada perkahwinan anak perempuan mereka.

Namun, zaman sekarang pelbagai masalah boleh berlaku seperti bapa tidak mahu nikahkan anak mereka dan sebagainya.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang individu di laman X yang meluahkan rasa kecewa terhadap perangai bapanya.

Minta duit kalau mahu dinikahkan

Menurut perkongsian tersebut, individu berkenaan menceritakan dia datang daripada 'broken family'. Dia dan adik-beradiknya tinggal bersama ibu mereka selepas bercerai.

Malah, dia juga mendakwa bapanya itu tidak memberikan nafkah kepada ibunya. Jadi, ibunya terpaksa naik turun mahkamah demi mendapatkan haknya.

Dipendekkan cerita, salah seorang daripada adik-beradiknya mahu bernikah. Disebabkan bapa mereka masih ada, mereka memerlukannya sebagai wali.

Sebelum itu, bapanya ada menghilang kerana tidak bersetuju dengan pernikahan tersebut sehingga mereka terpaksa memujuknya.

Sehingga tiba waktunya, bapanya kembali dan bersedia untuk menikahkan si anak. Tetapi, sebelum itu dia ada meminta duit yang agak banyak kepada ibu mereka sebelum majlis bermula.

"Sampai sana he ask for money quite a lot. So, tak ada choice my mom bagi je. Terpaksa," tulisnya.

Apa perlu buat jika bapa enggan menjadi wali nikah

Menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam isu ini, sepatutnya bapa menjadi wali kerana beliau termasuk dalam wali mujbir.

Tetapi jika bapa enggan, maka wali yang berhak untuk mengahwinkannya berpindah kepada pemerintah atau sultan. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

فَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لاَ وَلِيَّ لَهُ

Maksudnya: “Maka sultan ialah wali kepada siapa yang tidak mempunyai wali.” [Riwayat Abu Daud (2083) dan Ibn Majah (1879) dan al-Tirmizi (1102)]. Beliau berkata hadis ini hasan.

Guru kami berkata: Apabila seorang perempuan yang baligh dan berakal mahu berkahwin dengan seorang yang sekufu dengannya, wali wajib mengahwinkannya. Jika wali enggan walaupun bapanya sendiri, perkahwinan tersebut diwalikan oleh sultan. Hal ini kerana mengahwinkan perempuan dengan yang sekufu adalah tanggungjawab wali. Jika mereka enggan menunaikan tanggungjawab tersebut, maka hakimlah yang melaksanakannya. 

(Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/572)

Lihat luahan itu di bawah:

Kan anak sendiri bukan anak orang lain pun :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: