seismik

Lelaki Kesal Tengok Peserta Maraton, Dakwa Ramai Yang Tidak Menjaga Aurat Semasa Berlari

Apa pendapat anda?

Cover image via TikTok

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aktiviti larian kini semakin diminati ramai tidak kira dari pelbagai golongan umur

Sudah tentu, selain bersenam larian juga merupakan aktiviti bagus untuk kesihatan kita. Tambahan lagi jika larian maraton secara beramai-ramai.

Ia mampu menaikkan lagi semangat kita, disamping dapat berlari bersama rakan atau ahli keluarga.

Namun, dalam pada menjaga kesihatan diri aurat juga perlu diutamakan sebagai umat Islam.

Image via TikTok

Dakwa ramai wanita tidak menjaga aurat

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki tersebut sedang berada di sebuah acara larian di sekitar ibu kota.

Namun, dia mendakwa ramai orang tidak menjaga aurat terutama buat kaum wanita yang dikatakan memakai pakaian yang ketat.

Malah, dia juga mendakwa ramai yang tidak solat semasa acara larian berkenaan.

"Tak salah nak jaga kesihatan, tapi hari ini ramai umat Islam yang datang sini semua tak menjaga aurat, walaupun mereka bertudung tetapi apa pakaian mereka, ketat-ketat.

"Dan sebenarnya ramai yang tidak solat, masjid banyak kosong, mereka dah start berlari pukul lima pagi tadi," katanya.

Ada yang setuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangannya

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberi pandangan mereka masing-masing.

Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan kata-kata individu itu. Menurut mereka, dia tidak boleh membuat andaian sendiri jika seseorang itu tidak solat kerana tidak nampak dihadapan mata sendiri.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 959.2K views, 16.4K likes dan 2,588 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via TikTok
Image via TikTok
Image via TikTok

Boleh saja nak lari tapi pakaian juga kena jaga ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: