seismik

[VIDEO] Masjid Dipuji Simpan Jam Tangan Jemaah Yang Tercicir - "Patut Dijadikan Contoh"

Bagus mereka buat macam ini.

Cover image via @ehailing.fm (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Solat berjemaah di masjid sememangnya lebih bagus dan dapat mengutip banyak pahala

Jika kita dalam perjalanan atau mahu ke sesuatu tempat, pasti kita akan berhenti di masjid atau surau terdekat betul tak?

Namun, tanpa tidak disangka kadang-kadang kita boleh tercicir barangan peribadi contohnya seperti jam tangan. Tambahan lagi masa ambil wuduk, jam tangan perlu dibuka. Bila datang balik, ada yang sudah hilang dan jika bernasib baik masih ada.

Lain pula dengan usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan masjid ini yang menyimpan jam tangan jemaah yang tercicir.

Simpan jam tangan jemaah yang tercicir di dalam board

Menerusi video tersebut, seorang individu berkongsi usaha yang dilakukan pihak Masjid Bandar Seri Putra, Kajang. Dapat dilihat pihak masjid telah menyimpan jam tangan jemaah mereka yang tercicir di dalam sebuah tempat.

Jika ada jam tangan mereka di situ, mereka boleh terus berhubung dengan pihak masjid, namun memerlukan sedikit pengesahan. Bukan saja jam tangan, pihak masjid turut menyimpan dompet jemaah yang tertinggal di situ.

"Masjid Bandar Seri Putra Kajang menyimpan berpuluh jam tangan pelbagai jenis, beg duit, cincin dan lain-lain yang dipercayai tercicir oleh jemaah yang singgah di masjid tersebut.

"Sekiranya anda merupakan tuan punya kepada barang-barang tersebut silalah datang dan bertemu dengan pegawai masjid, tulisnya.

Netizen puji pihak masjid sebab simpan jam tersebut

Dalam pada itu, netizen juga turut memuji pihak masjid atas dasar usaha yang dilakukan mereka. Ada juga yang bertanyakan pelbagai soalan di ruangan komen.

Malah, ada juga yang berkongsi bahawa masjid ini sememangnya sangat meriah dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

"Tahniah kepada pihak masjid yang amanah," ujar seorang netizen.

"Masjid-masjid lain patut amek contoh apa yang masjid ni buat sangat kreatif dan membantu, tahniah pengurusan masjid," kata seorang lagi netizen.

Lihat video itu di bawah:

@ehailing.fm Masjid Bandar Seri Putra Kajang menyimpan berpuluh jam tangan pelbagai jenis, beg duit, cincin dan lain-lain yang dipercayai tercicir oleh jemaah yang singgah di masjid tersebut. sekiranya anda merupakan tuan punya kepada barang-barang tersebut silalah datang dan bertemu dengan pegawai masjid. #tercicir #jamtangan #masjid original sound - Ehailing FM

Harap jemaah yang mengambilnya juga jujur itu memang jamnya dan tidak mengambil kesempatan ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: