seismik

Pemuda Dikritik Lepas Hasilkan Video Percuma Untuk Orang Awam - "Expectation Saya Tinggi"

Banyak lagi video dia edit yang cantik tau guys.

Cover image via @danish. (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di media sosial, banyak kita boleh lihat orang ramai berkongsi mereka melakukan servis video percuma untuk orang

Anda pasti pernah melihat seorang jurugambar atau juruvideo akan bertanyakan terlebih dahulu kepada orang awam atau peniaga sama ada mereka mahu atau tidak.

Hasil suntingan juga sudah tentu menakjubkan betul tak? Tambah lagi jika ia merupakan sebuah video, sudah lah dapat secara percuma, suntingannya pula luar biasa.

Namun, baru-baru ini seorang pemuda dikritik selepas dia menunjukkan hasil suntingan videonya bersama orang awam di sekitar ibu kota.

Shoot orang awam yang pakai baju Ultraman secara percuma

Menerusi video tersebut, pemuda berkenaan dilihat berada di sekitar Pintasan Saloma sebelum berjumpa dengan orang awam yang memakai kostum Ultraman.

Dia kemudian bertanyakan sama ada adakah dia mahukan duit RM100 ataupun video secara percuma. Individu tersebut kemudian memilih untuk merakam video percuma dan mereka pun mulakan rakaman.

Selepas seminggu, pemuda itu berkongsi hasil suntingan video tersebut dan telah mendapat perhatian ramai.

"Benda dah post dah ramai like, layan je lah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka. Ada yang mengharapkan bahawa suntingan itu lebih daripada apa yang dilihat.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 138.1K views, 169 comments dan 4,611 likes di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@danish.firds Lepas seminggu editing, ni results dia #videography #tiktokmalaysia bunyi asal - Mohd Nafal

Kalau korang tengok TikTok dia sebenarnya banyak lagi suntingan dia yang cantik. Teruskan usaha anak muda! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: